Dec 26, 2025

FELIX

As Salam

Hari Isnin malam Selasa kami cuba bawak masuk Felix ke rumah baru...Kami dah sediakan tempat poo poo dia dalam bilik air ke-2. Malam pertama Felix tak boleh tido, dia mengiau panggil Hata ajak teman dia dekat hall...Sampaikan Hata kena tido dekat hall & felix tido berdekatan dengan Hata dalam kotak.

Hari ke-2 baru Felix poopoo & dia tak kambus poopoo dia..jadi bilik air jadi triple busuk...Waktu ni hati aku dah tak sedap dah...Boleh ke tak sebenarnya kami jaga dia dekat kediaman baru ni..Sebab Felix ni sejenis kucing yang in & out rumah sesuka hati...jadi bila dia terkurung, aku risau dia stress...

Aku nak jemur kain pun anak-anak kena amik dia masuk bilik tutup pintu...Bila dah selesai baru boleh bukak pintu semula...Berapa lama pulak kami nak kena adapt rutin macam ni..Nak simply-simply bukak sliding door bagi udara masuk pun tak boleh sebab kena berjaga-jaga dengan Felix...

Akhirnya aku & Hata decided untuk bagi Felix & Tompok dekat brader yang kami pernah bagi Tuah & Oreo dulu...Set time jam 9 malam jumpa dekat rumah lama, tapi dekat pukul 10 baru brader tu sampai...Waktu ni kami dah kurung siap-siap felix & Tompok dalam rumah...Merry kami bagi makan macam biasa...Merry ni aku tak kesah sangat nak tinggalkan macam tu je sebab dia pun memang datang random je ke rumah kami masa mula-mula dulu...Lagipun Merry ada family angkat depan rumah kami ni...
Felix keluar dari storage box tengok jalan raya masa kami OTW ke rumah lama...
Masa nak snap lampu dah hijau...Itu yang bergoyang pulak gambar ni 😆
Saat-saat terakhir bersama Felix sebelum brader tu sampai...

Sedih sangat sebenarnya kami sekeluarga nak melepaskan Felix...Tapi sebab terpaksa dan kami tak nak seksa Felix stress atau sebagainya...Jadi ini adalah perkara terbaik yang kami kena buat untuk pastikan Felix ada yang menjaga..Aku ada belikan tempat mainan Felix, aku bagi sekali dekat brader tu...

Aku pesan dekat Felix supaya behave dekat tempat baru & kalau boleh dekat akhirat nanti ingat la dekat kami sekeluarga..Semoga Felix dapat tuan baru yang lebih baik dari kami & dapat sesuaikan diri...Amin

0 comments: