Showing posts with label curtian. Show all posts
Showing posts with label curtian. Show all posts

Jan 27, 2026

SEWING PROJECT : HALL CURTAIN

As Salam
Panjang perjalanan nak cerita ke langsir untuk hall ni. Memang panjang sebab nak menjahitnya pun amik masa jugak kome. Aku pilih jahit paling simple asal boleh gantung. Langsir rumah baru merangkap langsir RAYA. Kalau ada rezeki & kerajinan lebih, kita ganti tahun depan la pulak. 😆
Pandangan waktu malam dari lift rumah aku...
Waktu ni jam 10.30 malam Hata ajak keluar mengopi kome.
Kita layankan aje la...Tapi kami keluar sekejab je. Dalam sejam.
Pergi mengopi dekat area rumah je.
Alhamdulillah..Siap dah langsir untuk sliding door dekat hall...
Ni dalam proses nak masukkan ring ke dalam rod.
Siap dah...
Banyak lagi nak kena improve skill menjahit langsir ni sebab next time aku kena pandai kita ring supaya selang seli masuk ring tu cantik & cukup. 
Final look hall lepas dipasang langsir & tukar warna lampu ke warna lampu mentol 😆.Abaikan yang semak dekat meja tu ye...Bukan semak apa pun. Atas meja tu hanya ada pewangi, remote control & 2 small toy Ammar je 😁

Alhamdulillah..Selesai project & misi nak siapkan langsir pada weekend yang lepas. Hata cakap dia tak sangka dapat tengok view ni untuk rumah sendiri. Selama ni mana boleh buat gini sebab rumah lama takde sliding door. Hanya ada 1 tingkap & pintu rumah je dekat tingkat bawah. 

Hall pun sempit disebabkan kami TERLALU BANYAK SIMPAN SAMPAH. La ni semua sampah dah buang, memang la hall rumah ni nampak lapang. Cuba kalau hangkut sampah-sampah tu...Takde beza la rumah baru dengan rumah lama 😆

Next mission aku adalah nak jahit langsir untuk master bedroom pulak..

Jan 26, 2026

NASI GORENG KAMPUNG

As Salam

Hari Sabtu malam Ahad aku tidur jam 1.50 pagi sebab semangat nak siapkan langsir untuk hall. Jam 1.40 pagi aku stop sebab dah mengantuk sangat. Aku tinggalkan part tebuk lubang untuk rod. Tapi aku berjaya siapkan langsir untuk bilik che mek.

Jadi pagi Ahad, Hata masakkan menu diatas sebab aku cakap aku nak sambung siapkan langsir dan nak terus pasang. Mata aku dah tak sanggup tengok langsir dekat luar rumah ni. Boleh mendatangkan stress 😆
Nasi goreng kampung ada ikan bilis, daging & ayam serba sikit.
Lepas tu aku buat secawan ice chocolate dari Tealive.
Aku buat yang ais sebab waktu ni jam dah pukul 10 pagi lebih dah.
Che mek pilih langsir warna ni sebab cat bilik warna NUDE.
Dia nak..kita layan aje la...
Tingkat bilik che mek memang dah sedia ada rail...
Jadi kita pun jahit la pengeras tempat cucuk besi cangkuk tu...
Alhamdulillah..Selesai langsir untuk bilik che mek.


Lepas jahit langsir bilik che mek, terus la aku fokus ke langsir untuk hall pulak. Kain tu berat kome. Tapi berbaloi la beli mahai sikit. kainnya berat dan memang sesuai untuk hall.

Jan 23, 2026

SEWING PROJECT - LANGSIR : PART 1

As Salam

Semalam balik kerja che mek dah get ready nak pegi ke Q Bistro. Tunggu Ammar sampai, lepas tu Ammar mintak berehat sekejab 10 minit. Lepas tu terus gerak. Tapi singgah kedai jajan dulu sebab Ammar nak beli biskut timbang. Lepas tu aku nak ke Giant mini beli barang sikit. Sampai Q Bistro terus order sebab dah tahu nak makan apa tanpa perlu tengok menu. Kami order cheese naan, kari kambing, tosai, Ammar amik nasi separuh & ayam goreng. Air order 1 je teh o ais untuk che mek sebab aku & Ammar dah bawak air masak dari rumah.
Vie Dalam LRT dari Wangsa Maju ke Taman Melati...
My litte hero dan nasi mamak berpisah tiada 😆

By 7.15 petang kami dah gerak balik ke rumah. Sampai rumah selesaikan apa yang patut lepas tu aku start masak kuah beef bolognese sekali dengan spaghetti angle hair untuk lunch che mek hari ni. Hari ni che mek akan sampai rumah awal. At least ada la makanan yang che mek boleh makan sementara tunggu aku sampai rumah.

Lepas masak, aku rasa malas nak melipat kain. Che mek datang mintak jahitkan sikit tudung dia sebab jahitan dekat dagu tu dah tetas.. Ehhhhh..Terus rasa nak menjahit kome. Jadi aku cari plastic bag kain langsir. Tengok kain untuk kepala langsir & ring. JUMPA!!. Jom kita try test jahit sehelai dulu...Jahit lurus je kome.
Lipat kain dekat kepala langsir lepas tu tepek dengan pengeras yang dah siap berlubang ni. Aku beli yang siap berlubang sebab senang nak letak ring tu nanti.
Ni view sebelum dan selepas pasang ring.
Senang aje kome kalau kita beli pengeras yang dah siap berlubang walaupun mahai sikit dari harga takde lubang. Means kena tebuk lubang sendiri.

Tapi langsir ni baru siap sehelai. Banyak helai lagi yang aku nak kena siapakn. Semoga this weekend dapat siapkan walaupun nampak gaya macam akan banyak perkara nak kena selesaikan. Nanti dah sipa langsir ni aku update sini lagi ye.

Angin menjahit tengah ada ni marilah kita hidupkn enjin mesin jahit dan luncurrrrrr....Kalau time dia gi laut dalam nanti lama jugak nak tunggu dia datang semula 😆. Tetibe rasa macam nak makan nasi ayam dari the chicken rice shop.

Oct 4, 2015

Sewing Project : Eyelet curtian & diamond sheer

As Salam...

Memandangkn bilik mnjahit dah siap setup..tibe masa utk menuntut ilmu plk..huhu

Aku import my own kakak..kak cik utk dtg KL dan ajar aku cara mnjahit langsir...Alhamdulillah sesi pembelajaran brjalan lancar...huhu

Inilah hasil pembelajaran semalam..

Alhamdulillah siap jgk 2 fesyen ni...hhuhu
Harap2 x lama lagi kemahiran ni akan jadi main income aku...Doakn kejayaan ini ye kawan2..huhu

Excited sgt belajar smlm..huhu



End