As Salam
Selasa malam Rabu lepas che mek habis kelas tuisyen kami melawat progress renovation kitchen kabinet kami sebab dari hari Isnin sampai Selasa nampak contractor lama dekat dalam rumah..Check in jam 10 pagi, check out jam 5 petang. Kami pegi bukan sebab tu je..Sebab nak siram pokok bunga yang aku beli hari tu jugak...Lepas tu Hata nak tengok dekat mana mereka alihkan peti sejuk & washing machine..Lepas tu nak tengok macamana nak bukak meja besar tu...
Progress 8.10.25

Progress 10.10.25
Waktu ni Hata tanya contractor kenapa stuck macam ni sebab
katanya proses bukak kitchen kabinet, pecah konkrit amik masa 3
hari je..Sekali contractor reply mesin drill tu rosak..Itu yang terpacak
aje mesin tu dekat situ...Kalau mesin drill rosak, kan boleh buat
keje lain? Bukak store room tu ke, bukak kitchen hood ke...Kan?
Lagi pun Hata tengok hari Khamis (9.10.25) contractor masuk 1 jam je...
Lepas tu keluar..Hari Jumaat pun dalam 2 ke 3
jam kot sebab aircond, kitchen hood, set sink sampai.

Progress 14.10.25
Dinding dah pecah, store dah bukak, 2 sink dah cabut..
Konkrit dekat yard dah pecah, kitchen hood & dapur gas dah dialihkan.
Main paip air pun dah tutup..Jadi rumah ni takde bekalan air buat sementara waktu sekali konkrit letak sinki tak siap.


Alhamdulillah...Nampak lapang dapur ni sekarang...
View dari dinding bekas store..
Pintu dari dapur ke yard pun dah dipecahkan...
Nanti lantai yard tu akan disamaratakan dengan lantai dapur.
Storage box alik kiri tu aku nak contractor buang sebab hari tu
Hata dah terhantuk dekat kabinet tu..Dah la tajam.
View dari yard...
Dinding hujung tu nanti tempat letak freezer..
Rasanya memang patut kami buat kitchen kabient baru sebab
mozek dinding dapur tu dah mula renggang sebab rumah dah lama...
Kalau ketuk-ketuk mozek tu, dengar macam kosong...
Lepas tengok ni kami pun gerak balik tapi singgah Petron sekejab sebab Hata nak isi minyak & che mek nak air..Dia lupa nak bawak botol air masa gi tuisyen jam 8.15 sampai jam 10.15 malam. Sabar aje la...
Hata dah bagitahu owner rumah sewa kami sekarang tentang notis keluar rumah kami..Owner ok je dan dia cakap dia hanya akan panggil agent untuk view rumah selepas kami keluar..Bukan dalam tempoh kami nak pindah randah ni...Alhamdulillah owner faham keadaan kami...Deposit 2 bulan guna untuk bulan 11 & 12. Deposit api & air RM600 nanti masa bagi kunci owner pulangkan..Sebab semalam aku tengok bil letrik RM28.95 sen je..Bil air aku tak dapat lagi..Tapi rasanya sikit jugak sebab tetiap bulan aku bayar RM15. Bil aku biasanya bawah RM15 sebulan.
Alhamdulillah dah nampak pergerakannya tu..Doakan contractor dapat siapkan ikut schedule.Amin
0 comments:
Post a Comment