Oct 13, 2025

REZEKI HARI JUMAAT 10.10.25

As Salam

Hari Jumaat buat kesekian kalinya aku lunch dekat luar..Dah lama rasanya aku tak lunch dekat luar..Everyday on weekday memang hanya akan tapau dan makan dekat pantry ofis je...Semua sebab kejar masa nak stay lama dekat pantry so boleh rehat-rehat. Kalau aku tak lunch, aku tido dekat mini surau kami.

Disebabkan hari tu nampak Mama Tisya makan mee rebus dekat Ali Muthu Ah Hock maka meh la kita order jugak...Sebab kita ni peminat homemade mee rebus tapi malas nak masak sendiri sebab renyah..😆
Aku tanpa bawang goreng & daun bawang...
Ok je rasa dia...

Aku makan berdua je dengan sorang ofismate chinese. Kami kenal sejak mula-mula aku masuk keje sini...Kadang-kadang kami pun perlukan "me time" untuk borak-borak kan? Ofismate aku tu order nasi goreng..Lupa nak amik gambar menu dia & gambar kami berdua...Kami makan sekejab aje...By 1.30pm kami dah naik ofis..Ofis kami block D, kedai tu dekat block B...

Masa OTW nak ke ofis, tetibe ofismate aku tunjuk message yang bos kami bagi..Bos kami dah orderkan mini cheese cake untuk kami 1 ofis sebagai tanda terima kasih atas wish yang kami berikan untuk Big Bos a.k.a husband dia.
Makan waktu tea time..
Kebetulan hari ni ade 3 orang budak ofis amik cuti...
Jadi ada banyak lebih...Kami makan la selagi boleh masuk perut 😆
Aku rasa waktu bos aku order dekat outlet ni, 
pilihan dah kurang..Jadi bos aku order mano hok ado sajo lah...
Ade flavor original, cookies & durian..
Yg flavor durian tu aku suka..Berasa la durian tu..

Oh Ya...Lupa nak cerita..Big bos aku actually kena appendix..Sehari dua lepas dapat detected, terus kena operate..Lepas operate doctor detect glucose & blood pressure dia tinggi. Nafas pendek yang mana ini adalah tidak bagus untuk pesakit yang baru lepas kena operate...Big bos aku tak berani nak bernafas secara normal sebab dari apa yang bos aku cerita, bila big bos aku bernafas, dia terasa sakit dekat bahagian operate tu...

Tapi doctor cakap kena tahan sakit sebab kalau tak bernafas dengan betul, nanti paru-paru akan jadi ketat ( tak stretch ) yang mana keadaan ini juga adalah tak elok. Sama la macam aku hari tu..Pernah sekali masa doctor check paru-paru aku doctor detect ada kahak yang pekat dekat sana..Doctor bagi ubat cair kahak..Tapi at the same time, doctor suruh aku buat senaman paru-paru, tarik nafas, tahan selama 15 seconds, lepas tu lepaskan..Buat sebanyak 4 set...

Sekarang ni pun kalau aku rasa penat lain macam, aku akan buat senaman tu...Korang pun kalau rasa dada ketat, try la buat senaman paru-paru tu...Jangan bagi paru-paru kita ketat sebab kita tak buat regangan...Nanti kita akan rasa cepat penat.

3 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah rezeki..akak pun dah lama x keluar lunch kat luar..selalu bawak bekal, kalau x bawak bekal akak akan tapau...

adnil linda said...

kalau tengah stress @ down sangat, baru terasa dada ketat...hihihi

Mama Zharfan said...

i mkn mee rebus tu jugak kat restoran yg sama minggu lps (or 2 minggu lps kot). sedap lah utk my tekak heheeh