Nov 25, 2025

BAWA PULANG HADIAH KAHWIN

As Salam

Hari Jumaat malam lepas selesai semua, kami pun naik ke bilik mengemas bag untuk balik ke KL esoknya (Sabtu)...Semua baju dari hari Selasa sampai Jumaat tak dapat nak dibasuh sebab washing machine rumah MIL rosak dan kami pun tak sempat nak gi dobi layan diri..Jadi semua bawak balik KL..

Sambil mengemas aku terpandang barang atas almari baju kami...Ade beberapa barang hadiah perkahwinan kami 17 tahun lepas yang masih belum diusik dan dibawa pulang...Jadi memandangkan dalam masa terdekat ni kami akan hantar barang ke rumah baru, jadi kami bawak sekali...Lagipun waktu balik kami 4 beranak je..Kak ipar yang tumpang kami tu dah balik awal sikit dari kami.
Set 5 pcs mangkuk comel...
Yang besar ade 1 pcs tak tau pegi mana sebab tak ada dalam kotak ni..
Mungkin aku dah keluarkan lepas tu tak ingat bawak 
balik KL atau dalam rumah MIL...
Ini hadiah yang aku dapat masa majlis sambut menantu alik Hata...
Banyak jugak dapat hadiah-hadiah macam ni...
Sejadah pun dapat banyakkkk...
Set gelas...Legend tau gelas macam ni 😁
Dapat masa majlis sambut menantu alik Hata jugak..
Gelas dari IKEA..
Ini classmate Hata masa dekat Lim Kok Wing bagi...
Ini hadiah masa majlis sanding dekat Perak.
Cantik mangkuk ni kome...
Dapat masa majlis sambut menantu alik Hata jugak..
Set 2 pcs...
Ini boleh buat letak mihun hidang masa tetamu datang...
Mangkuk comel buat isi sos 😆
Dapat masa majlis sambut menantu alik Hata jugak..
Set cawan ni aku amik dekat rumah mak 
sebelum mak jual rumah pada kak yong...
Dulu-dulu mak memang aktif jual barang dari syarikat Menang 
ni sampai dapat banyak jugak free gift hasil dari point yang dikumpul...
Cutleries storage ni aku beli dekat Pantai Timur...
Plan nak letak dekat drawer kitchen cabinet..
Aku beli 2 pcs incase nak letak barang-barang lain..
Sudu garfu tu dah memang confirm dah...
Harga pulak hanya RM3.90 je per pcs...

Masa Hata bawak turun bag yang penuh dengan hadiah-hadiah ni, MIL aku tanya..Lepas tu dia cakap dekat dapur tu banyakkkk lagi hadiah kawin kami yang belum kami amik bawak balik...Aku rasa macam dah takde dah...

Aku cakap tak pe lah dulu...Nanti time balik lagi aku & Hata akan check semula...Apesal banyak lagi pulak??? Ke MIL aku salah tengok..Ntah-ntah barang-brang abang ipar aku yang punya..Sebab hari tu abang ipar aku ada bawak balik 1 kontena barang-barang dari rumah dekat Brunei selepas kematian isteri pertama dia.


Korang banyak guna ke banyak terbiar aje hadiah kahwin dulu?

1 comments:

adnil linda said...

Kita dulu kawan belum kerja lagi, jadi tak banyak pun dapat hadiah kawin...Kikiki...