Nov 7, 2025

DAH PECAH KENA GANTI LA

As Salam

Sebelum aku cerita tentang pecah ni, aku nak minta korang doakan kesembuhan buat abah Hata yang tak sihat dari hari Isnin lepas...Ahad malam Isnin tu FIL aku mengadu sakit kaki...Lepas tu bawak gi klinik...Lepas tu doctor mintak segera bawak ke hospital..Jadinya mereka bawak FIL ke hospital KB...Tapi sampai jam 10 pagi Isnin, masih tak dapat katil dekat ward sebab ward penuh...Jadi mereka suruh FIL balik dulu dan bagi ubat yang sepatutnya..
Masa sampai doctor bagi oksigen sebab doctor detect oksigen kurang...
Semoga FIL dapat bertahan & ubat yang diberikan berkesan...Amin..
Esoknya BIL aku bawak FIL ke HUSM...Alhamdulillah dapat katil & sekarang FIL aku ade dah boleh discharge ..Ade beberapa bahagian dalaman yang dah tak boleh berfungsi dengan baik...Macam paru-paru, buah pinggan & injap jantung..

Kembali ke cerita aku...hari Isnin pagi sampai dekat ofis aku buat air berperisa aku macam biasa...Masa nak keluarkan bekas ais dari dalam peti sejuk, tetibe tangan aku yang pegang bekas ais tu terlanggar pintu peti sejuk maka terlucut & terjatuh la bekas ais tu...Bertaburan la ais cube aku...Aku ingat ais aje yang bertaburan..Sekali dengan bekas ias tu bertaburan jugak...
Hancur sudah...
Bekas ni pun dah setahun lebih rasanya aku gunakan...
Mungkin dah sampai masa kot dia mereput...

Jadi lunch hour hari Isnin tu terpaksa la aku pegi dekat Daiso & Mr.DIY mencari bekas ais cube yang baru...Dapat la bekas ini haaa...Aku suka ais cube yang besar-besar supaya senang nak amik dan tahan lama dari ais cube yang kecik-kecik tu walaupun coffee thermal aku sekarang ni memang tahan sejuk.
Aku nak cuba yang jenis gini..
Sebab masa pegi mMr.DIY, tak ada stock ais cube yang besar...
Pegi Daiso, bekas ice cube yang petak besar dah habis stock pulak...
Rasanya baru last week aku beli 2 pcs untuk rumah...
Minggu ni dah habis stock dah???
Jadi kita try la amik yang ini...Sebelum balik keje, aku isi air dalam ni...
Hasilnya???
Jadi separuh lebih sikit je...
Tak jadi bulat sepenuhnya...
Breakfast with ice caffe Latte dari Aik Cheong...
Ofismate aku cakap bentuk ice cube ni macam planet 😆



Ok..Kira lulus la ye kome...Mujur la senang je nak jumpa pengganti...😆..
Kalau korang, korang suka ice cube yang petak atau bulat macam ni untuk buat dekat rumah atau ofis?

8 comments:

Abam Kie said...

patah tumbuh hilang berganti. x apa, yg baru dpt berkhidmat dgn baik.

Suria Amanda said...

Bestnya boleh buat ice cube..office akak x leh la melainkan letak nama kat bekas tu...sebabnya confirm kena kekah...hehehehe

Mun said...

semoga abah diberi kesembuhan..
kita biasa ais cube petak.. yg tu je ada kat umah. hehehe

Mama Zharfan said...

i buat ais dlm taperware bekas aiskrim ajer hahaha then lps tu ketuk lah dgn senduk besi, bagi saiz kecik2...berzaman dh gituuuuu

Mama Zharfan said...

shafahullah utk ur FIL

adnil linda said...

Moga yang baik² untuk FIL sis Nieza .. jrg buat ais batu kat opis..kikiki .walaupun ada peti ais . Tetap lah pergi kafe

thisni3za said...

Abam Kie : Itu la tu..Tp syng kejab sgt dia berkhidmat =D

SA : Wow...Department ramai mmg kena ada label sis =)

Mun : Thx mun..Amin

MZ : Ehhhh..Sy pun kalu rajin buat yang mcm tu jgk sis..Tambah2 time musim raya...=D

Linda : Amin..Thx Linda..

mama tisya said...

smoga cpt sembuh FIL niza...suka juga yg bulat ice cube tp slalu kt umah mmg yg petak