As Salam
My views from Sunday nite until today
Al-kisah si Ammar..Aduhai...It's something unpredictable but in the it's rite...Gitu lah cerita dia ...
Cerita dia macam ni...Hari Jumaat petang, Ammar & che mek mengadu sakit perut sampai takde selera makan...Sabtu petang baru bawak anak-anak ke klinik sebab aku nak mengemas rumah dan percaya anak-anak sakit perut biasa je...Sabtu malam Ahad aku urut che mek dan alhamdulillah Ahad siang dah elok...Kecuali Ammar...
Masa kami dekat OU, Ammar dah cakap dia sakit perut tapi aku ingat Ammar seorang yang tak tahan sakit. Balik dari OU kami singgah rumah baru sebab plan nak mengecat 2nd layer...Masa nak mula tu, baru peraan Hata terlupa nak bersihkan roller cat..Terpaksa pegi ke Mr.DIY dekat M3 Mall untuk beli yang baru...Sampai rumah dah maghrib..Lepas maghrib Hata cakap kami balik rumah lama dulu kemas-kemas baju sebab plan nak tido dekat rumah baru untuk sambung mengecat.
Plan A bertukar ke plan B bila Ammar cakap dia sakit perut yang sangat-sangat. Jadi plan kami bertukar kepada Hata drop aku dan che mek dekat rumah untuk kemas-kemas baju sementara Hata bawak semula Ammar ke klinik yang sama semalamnya ( Sabtu )...Sementara mengemas tu Hata update tentang Ammar. Buat urine test sebab takut kencing kotor..Sekali doctor check urine Ammar ada protien...Jadi doctor risau Ammar ada sembelit atau appendix..jadi suruh Hata refer Ammar ke hospital. Maka Hata pilih untuk pegi KPJ Ampang Puteri.
Hata sampai rumah amik aku & che mek..Lepas tu kami pegi rumah baru sekejab untuk aku amik beberapa barang untuk dibawa ke KPJ. Jam 9.30 malam kami sampai ke kecemasan, daftar 5 minit kemudian, 5 minit lepas tu dipanggil untuk check basic badan Ammar..Tetibe Ammar ada demam sikit.
Waktu ni Ammar kena pakai wheelchair sebab dah
tak larat sangat nak berjalan...
Ini waktu tunggu turn untuk registration.
Hata dengan kaca mata hitamnya 😁
Lepas jumpa doctor nama Gerald, terus aku & Ammar dimintak masuk ke ED...
Tak lama lepas tu kami dibawak ke bilik xray untuk
check condition perut Ammar...
Sunyi aku suasana tempat x-ray ni kome...
Mujur la sekejab aje prosesnya 😁
Ini masa dekat ED...
Untuk amik darah Ammar & drip air...Cucuk kali pertama dekat tangan kanan, tak kena urat...Cucuk kali ke-2 darah keluar sikit sangat tapi masih boleh amik amount yang nurse perlukan...Waktu ni nurse majority lelaki..Ada seorang dua je nurse perempuan...Aku pelik...Waktu ni dieorg amik darah Ammar dengan teknik cucuk jarum, lepas tu amik sikit-sikit...Bukan cucuk jarum then amik terus darah masuk dalam balang biasa tu...Mungkin procedure baru kot sebab dekat klinik pun guna teknik yang sama...
Lepas amik darah, tunggu keputusan x-ray...Tak lama pun, specialist pun datang explain tentang keadaan perut Ammar...Doctor cakap dalam usus Ammar ada banyak najis yang terkumpul beserta dengan gas. Jadi doctor mintak nurse bagi ubat buang air besar tapi yang melalui saluran najis a.k.a ikut bontot...
Proses ni Ammar request untuk buat dekat bilik air sebab Ammar risau tak sempat ke toilet...Padahal jarak toilet hanya selang 3 katil je...Lepas cucuk Ammar ada membuang tapi tak banyak, ada jugak buang angin yang tersekat dalam usus tu...
Tak lama lepas tu, SN nurse lelaki jugak datang kali ke-3 untuk cucuk jarum drip air...Masa proses dekat lengan ni, Alhamdulillah sekejab je dah jumpa urat & Ammar tak jerit macam masa kali pertama & kedua. Tak lama lepas tu staff lain datang mintak aku register untuk admit Ammar. Single room tak available, yang ada hanya bilik 2 orang. Kalau nak bilik sorang yang premium, cost RM480/nite sedangkan insurance Hata untuk family tanggung kos bilik bawah dari harga itu.Jadi aku dan Hata setuju untuk amik bilik berdua.
Waktu nistaff cakap tutup dulu langsir ni sebab takut lambat dapat bilik sedangkan masa registration dah dapat bilik dah..Mungkin mereka
risau proses nak prepare bilik tu lama...
Tapi alhamdulillah aku & Ammar tak perlu tunggu lebih dari 15 minit pun...
Staff yang incharge bawak aku & Ammar ke ward east wing...
Dalam jam 11 malam dah dapat bilik...
Bilik 608...
Alhamdulillah katil sebelah kosong..Jadi malam tu hanya Aku & Ammar aje yang ada dalam bilik ni...Hata & che mek dapat naik sekejab je dengan alasan nak hantar barang keperluan aku...Sebab waktu-waktu macam ni mane boleh mana-mana pelawat naik..Lepas hantar barang, Hata & Che mek pun balik.
Selepas mandi & solat, dalam pukul 1 jugak aku suruh Ammar tido...Aku pulak jam 3 pagi baru dapat lelapkan mata sebab acu baru nak terlelap, bunyi mesin air drip Ammar...Tengok-tengok air drip botol pertama tu dah habis...Terpaksa la aku pergi kaunter panggil nurse...Dah terlelap, tersedar lagi jam 4.45 pagi sebab sekali lagi drip air Ammar habis untuk bekas silinder tu..Bangun lagi panggil nurse untuk refill...
Jam 5.40 pagi alarm harian aku pulak berbunyi..Snooze sampai jam 6.10 pagi...Maka terus la aku bangun selesaikan apa yang patut...Dalam jam 7.20 pagi aku sekali lagi ke kaunter tanya tentang cafe dekat KPJ ni...Sekarang bangunan dah baru, jadi mesti la ada perubahan kan...Nurse bagitahu dekat level G ade cafe..Maka aku bagitahu Ammar yang tengah mamai tu yang aku nak turun beli makanan...Lapo kome..Dari jam 7 malam semalam aku tak makan apa-apa..hanya minum air je lepas tu...
Aku beli nasi impit kuah kacang..Sedap tapi pedas sikit..
Makan seketul lepas tu letak tepi dulu sebab risau sakit perut...
Aku amik english breakfast ni...
Semua menu dekat cafe ni adalah secara buffet..
Amik makanan yang kita nak, lepas tu bawak ke kaunter untuk mengiraan & bayaran...Aku add on jugak 1 nasi lemak, drummet 4 pcs & nugget sayuran kot...
Alhamdulillah, jam 8.15 pagi Ammar bangun & dah ada selera makan...
Ini Ammar makan sarapan laksa kontot goreng yang KPJ sediakan...
jam 9 pagi specialist semalam datang buat rondaan..Dia check Ammar dan dah nampak ada perubahan...Tapi dia mintak nurse bagi sekali lagi ubat melalui bontot untuk clearkan betul-betul usus Ammar. Lepas sarapan dalam jam 10 macma tu nurse pun datang dengan sorang lagi staff untuk buat proses masukkan ubat. Waktu ni aku keluar dari bilik sebab tak sanggup tengok proses tu 😁Alhamdulillah, dalam masa 10-15 minit perut Ammar dah start rasa nak membuang...
Lepas membuang Ammar rasa lapar semula...
Jadi Ammar makan makanan yang aku beli dekat cafe pagi tadi...
Menu lunch untuk Ammar dari KPJ...
Korang dapat teka kan yang mana satu Ammar makan dulu?😁
Jam 3.30 petang kot baru Hata dan che mek dapat datang sebab sebelum tu orang internet TIME datang rumah baru untuk buat proses pemasangan..Lepas tu orang perabut plak datang jam 12 tengahari...Alhamdulillah wardrobe aku & katil anak-anak dah selamat sampai dan dipasang...Dalam jam 4.30 petang aku ajak Hata pegi turun ke cafe sebab tekak rasa nak makan buah, ingatkan dekat cafe aku jual cut fruit, rupanya, takde..jadi kami keluar dari area KPJ menuju ke ZUS seberang jalan tu...
Hata dan anak-anak masik menu biasa...
Aku pulak try amik menu terbaru ZUS dengan redeem voucher 20% off...
Sedap jugak menu ni kome..Next time bleh try lagi 😁
Dalam jam 5 lebih sekali lagi psecialist datang buat rondaan dan dia cakap In Shaa Allah hari ni Ammar dah boleh discharge cuma nak kena tengok progress membuang tu berjalan dengan lancar ke tidak..Ammar kena amik lagi ubat untuk lembutkan najis & buang angin...Specialist tu tekan-tekan perut Ammar dekat tempat yang sama dia tekan semalam tapi Ammar dah jebik kesakitan...Petang tu specialist tekan-tekan & Ammar takde rasa sakit sangat & that's is a good result.
Jam 7.30 malam semalam Hata & Che mek pun berangkat pulang sebab Hata masih tak berani nak balik malam sebab pemandangan Hata masih belum jelas sepenuhnya. Kita tunggu la petang ni ye...Harap-harap benar bagai dikata Ammar dah boleh dicharge..Aku ni dah amik EL dari hari Isnin lagi....
Esok Hata kena pegi semula ke IKONIK EYE SPECIALIST CENTRE untuk bukak kanta mata yang dah dipakai sejak hari Jumaat...Semoga proses tu berjalan dengan lancar..Amin...Hata kena pegi dan balik naik grab.












0 comments:
Post a Comment