Dec 11, 2025

PACKAGE LASIK MATA HATA

As Salam

Cie tanya, kita try jawab..

Sebenarnya sebelum Hata proceed dengan surgery ni, Hata ada pergi by appointment untuk check condition mata dulu dekat IKONIK EYE Specialist ni..Masa ni kos adalah RM150 kalau tak silap aku ke RM250?. Tempoh check up dalam 3 jam. Sebab mereka akan check mata kita rabun jauh / dekat dan berapa power kita sekarang.

Lepas tu mereka akan titik ubat untuk clearkan mata dari habuk-habuk yang ada..Waktu ni Hata cakap pedih sikit & silau sebab mata kita sudah dibersihkan..Lepas tu baru mereka akan explain rawatan apa yang Hata boleh amik / buat...Untuk kes Hata ni, Hata amik package buat LASIK sahaja. Mereka ada 3 package kalau tak silap aku...

Package pertama kos dalam RM10K++...Tempoh baikpulih dalam 24hrs hingga 3 hari...Proses buat less than 5 minutes ikut condition mata ...

Package kedua kos dalam RM8k+...Tempoh baikpulih less than a week..Proses buat less than 5 minutes ikut condition mata..

Package ketiga kos dalam RM5K+..Tempoh baik pulih 1 minggu ke 1 bulan ikut pada tahap kesihatan mata untuk recovery.Proses buat less than 5 minutes ikut condition mata

Jadi Hata amik package yang RM5K+ tu...Makanya memang amik masa untuk recover semula..Hata kena sediakan 2 jenis spek mata hitam...Waktu siang kena pakai spek mata hitam yang ada polarized . Sebelah malam kena pakai spek mata hitam yang kurang gelap. Kalau tidak mata akan rasa pedih sebab terlalu silau.

Lepas surgery, Hata dipakaikan contact lens selama 5 hari..Hari kelima Hata kena pergi semula ke IKONIK Eye Specialist untuk bukak contact lens tu...Masa bukak pegawai perubatan akan tengok mata lapisan mata kita ni tumbuh elok ke tidak..Alhamdulillah progess mata Hata ikut apa yang dijadualkan maksudnya tumbuh elok...


Gitu lah dia panjang lebar cerita yang aku tahu..Tapi package tu hanya untuk lasik & ikut condition mata Hata..Kalau korang yang nak pegi buat, pegi check dengan mereka dulu..Baru tahu package apa yang korang boleh pilih sebab condition mata kita lain-lain...

0 comments: