Jan 27, 2026

1ST TIME TINGGAL SORANG-SORANG

As Salam
Ini bukan kisah sedih. Tapi ini kisah pengalaman pertama kami sekeluarga. Semalam sekolah kebangsaan Ammar cuti peristiwa sebab hari Sabtu lepas ada kejohanan merentas desa. Hata pulak minggu ni ulang alik ke ofis dekat Senawang. Jadi jam 6.45 pagi dah kena gerak untuk target sampai ofis dekat Senawang sebelum jam 8 pagi. Kalau Hata ke ofis di HQ, boleh jugak bawak Ammar tinggal dekat library.

Che mek pulak pergi sekolah naik van sekolah kebangsaan Ammar yang aku bayar secara harian iaitu RM10/trip sebab kalau ikut Hata macam terlalu awal akan sampai ke sekolah. Aku pulak tak boleh nak bawak Ammar ke ofis sebab bukan kes kecemasan. Sudahnya terpaksa lah Ammar tinggal dekat rumah seorang diri untuk jangka masa yang lama buat pertama kalinya...Ahad malam Isnin memang gigih la aku masak untuk bekalan Ammar dekat rumah.
Untuk breakfast aku masakkan Ammar spaghetti bolognese.
Sebelum pergi kerja jam 7.25 pagi, aku panaskan spaghetti dan letak dekat bekas. Jadi bila Ammar nak makan hanya perlu letak spaghetti dalam pinggan & ceduk kuah.
Nasi pun dah masak. Jadi senang la Ammar nak makan untuk tengahari nanti.
Ammar boleh makan waktu tengahari atau aktu che mek balik sekolah.
Aku bawak bekal ke ofis part chicken wings 😀

Untuk che mek aku buatkan sandwich roti letak chicken slice, cheese slice, mayonis & sos tomato. Hata pulak aku buatkan sandwich roti jugak. Letak telur omelet, chicken slice, cheese slice, mayonis & sos cili. Siap. Aku bawak sama macam che mek cuma letak sos cili. Selesai bekal untuk semua. Aku je bawak bekal berganda sandwich & nasi. Buah pelbagai jenis pun aku bawak jugak. Aku pun dah potong siap-siap buah-buahan, letak dalam tupperware dekat peti sejuk. Senang kalau Ammar nak makan.

Semalam jam 9.30 pagi aku kol Ammar tanya keadaan dia macamana. Ammar cakap dia baru lepas makan buah & spaghetti. Alhamdulillah. Rasanya dah boleh diharap dah kalau Ammar tinggal sorang-sorang dirumah. Tapi waktu cuti sekolah Ammar cakap dia nak pegi library dekat ofis Hata sebab nak jumpa kawan-kawan. 😆

Malam ni nak masak apa pulak? Teringin kari daging. Tapi nak tunggu daging empuk tu lama sangat 😆. Korang planning nak masak apa untuk dinner malam ni?

1 comments:

Suria Amanda said...

Good boy Ammar...malam ni x tau la apa menu yang PZ masak...akak balik goreng sayur je...