Jan 31, 2026

BILA MALAS

As Salam

Semalam jam 10.40 pagi dah meround dekat workstation roommate masa dekat HCMC tanya dia nak lunch apa. Tekak ni teringin nak makan Dodo Korean Recipe tapi malas nak jalan kaki & beratur panjang dekat Avenue K tu. Bincang punya bincang, jam 11 pagi kami bertiga order jugak la Dodo tu 3 set. Jam 11.50 dah sampai ofis dah. Order awai tak ape..Janji tak lapar menanti makanan tiba 😆
Aku amik set daging ni..Lepas tu amik sotong...
Aku exchange kimchi kepada tembikai dengan roommate HCMC.
Aku tak makan kimchi, dia tak makan tembikai 😁
Daging tu OK..Sotong tu ok jugak cuma keras sikit. Aku syak ini sotong frozen 😆

Alhamdulillah kenyang betul lepas lunch semalam. Semalam hari last day Hata dekat Senawang. Dapat la balik awal sikit sebelum solat Jumaat. Hata berenti solat Jumaat dekat area sana lepas tu terus ke sekolah Ammar untuk amik duit BAP. Sekolah Ammar tak benarkan ibu bapa wakilkan anak-anak untuk ambil duit BAP atas faktor keselamatan. Sekolah che mek je benarkan parents authorized anak-anak untuk amik duit BAP tu.

Masa OTW nak balik rumah tetiba Hata kol. Suara macam suara terkejut. Bila dengar cerita Hata, katanya ada accident motorsikal betul-betul dekat belakang sekolah che mek. Belakang sekolah che mek tu MRR2. Penunggang tu meninggal dunia dekat tempat kejadian. Hata cakap tak sampai pun 30 minit Hata lalu jalan yang sama masa dia nak pegi sekolah Ammar. Masa balik nampak pulak kejadian ni. Jadi Hata memang rasa terkejut sangat.

Jalan tu memang selalu ada accident. Aku tak sure apa punca. Tapi jalan tu memang kalau ada lori akan jadi sempit. Bahaya untuk motor yang suka mencilok. Memang jalan tu tak sesuai untuk mencilok kalau ada lori. 

Semoga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sampai rumah tengok-tengok Hata ada dekat dapur tengah memasak... Hata masak ini...
Kari daging dan telur dadar...
Sotong goreng kunyit tu aku masak untuk che mek 
makan waktu balik dari sekolah..
Ulam kobis baki dari yang hari sebelum ni...

Alhamdulillah...Kenyang kami malam semalam. lepas kemas bag semua pun berehat la... Flight delay kome.. Dari pukul 1.50petwbg ke 2.30 petang. Kemana kome? Kami balik KOTA BHARU aje kome...Masa post ni dipublish aku duk dalam perut kapal tube 😅

Nanti free-free aku cerita lagi ye.....😁

0 comments: