DIA KELUAR YANG SQUARE PULAK

As Salam
Sebagai seorang peminat smartwatch / jam pintar sejak tahun 2021 maka aku tetibe tertarik dengan keluaran terbaru brand yang aku guna sekarang ni. 😆..Sejenis yang memang suka jam bentuk square / petak / empat segi. Jadi bila nampak yang baru memang tertarik la. Tapi buat masa ni memang idak la berniat nak tukar yang baru. Cuma nak share cerita yang aku tertarik dengan "dia" je 😀..

Alhamdulillah...Buat masa ni, Amazfit GTS 2 Mini aku ni masih elok. Battery masih bertahan selama 5 hari. Walaupun weekend aku guna jam casio bergilir-gilir. Detection dengan phone walaupun dah 2 hari tak connect, masih elok. Notification masih dapat dibaca dengan baik. Steps aku pun jam ni masih kira dengan betul.
Ini ha jam nya...Sangat menarik perhatian aku 😅😆
Nice sangat ni dekat mata aku 💜

Bawah ni pulak features yang ada dekat jam ni...Nak angkat yang brand GARMIN macam masih belum mampu sebab 1 smartwatch dia bleh dapat dekat 3 gram emas 916 😆

Apa pun kita masuk dalam wishlist dulu la ye..Selagi jam yang sedia ada ni masih boleh digunakan, kita guna la....Melainkan kalau tetibe dapar " Durian Runtuh". Baru la kita fikir semula-semula 😆. Mana tahu masa ade pitih nanti keluar model yang lagi latest. 😁

Malam ni nak makan apa la pulak. Semalam Ammar mintak aku panaskan sambal ikan bilis je. Lepas tu AGAIN, rebus telur then aku gorengkan sikit ayam dari ayamas tu buat tambah-tambah lauk.

Esok dah hari Rabu kome. 😁

12 comments:

  1. Berangan dulu mana tahu ada rezeki selepuk boleh lah beli

    ReplyDelete
  2. Jangan la entry ni nampak kat suami akak..dia tgh giler jam ni...

    ReplyDelete
  3. Cie punya segi empat tepat. Tahan lama jam camni.

    ReplyDelete
  4. Uncle punya jam....
    ahhh... malu lah nak cakap....

    ReplyDelete
  5. Betuuul kak. Saya pun pakai juga, sebab rutin gym kan. Nak catat calories burned soalnya. Juga reminder buat saya kalau terlalu banyak duduk, dia akan ingatkan. Garmin nih memang canggih, tp tuhlaaah, selama Huawei saya masih bagus, pakai dulu itu. Blm juga setahun 🤣🤣.

    ReplyDelete
  6. waaa lawanya! cuma MZ jenis feminin so tak aim jam design gini...MZ doakan nieza dpt memiliki jam idaman nieza soon. aamiin!

    ReplyDelete
  7. Sy pakai design square ni.. hihi

    ReplyDelete
  8. Linda : Kan...Esok dah khamis =D

    Sis Notie : Kan..Amin =D

    SA : Hahahaha...

    Cie : Betul tu Cie.Jam sy skrg dah masuk tahun ke-5...

    Uncle : Alamak...Apa mau malu..Pakai jam ma..=D

    Ezna : Betul tu sis..Tak terkejar teknologi skrg ni =D

    Fanny : Betul tu..Selagi elok kita pakai..Mahal jgk beli jam ni dulu =D

    PH : kan sis??? Kita dah la mmg minat jam petak ketak ketak ni =D

    MZ : Amin sis..berdebar kita =D

    KakMim : Kita geng sis =D

    Lydia : Kan??? =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.