Jan 29, 2026

GEL HIJAU

As Salam

Ini cerita lama tapi tak cerita lagi sebab belum start guna sebab terlupa. 
Hari tu masa cuti Comic Fiesta aku ade ke Guardian stock up skincare diri sendiri & skincare che mek jugak. Che mek ada cakap dia nak jugak 1 product dari brand yang sama. Tapi aku lupa. Yang aku ingat warna hijau. Aku pun grab la pencuci muka che mek yang warna hijau dari brand Glad2Glow ni. Lepas tu aku dengan "yakinnya" grab gel ni...Rupanya BUKAN itu yang che mek nak. Dia nak hok lain..Hok alohhhhh..Mujur la murah je product ni masa aku beli tu...

Jadi masa aku tengah susun-susun stock dekat rak belakang cermin meja solek ni, Baru la aku terjumpa semula gel ni...Terus rasa nak try guna sementara dah nampak ni...
Inilah barangnya kome..
Glad2Glow - Mugwort Acne Gel Mask
Kecik je bekasnya kome...
Mujur waktu beli harga below RM20 😆

Packaging kecik..
Directions lagi la kecik..
Sampai ke guna MACRO lense untuk snap & Zoom out untuk faham cara guna 😆
Inilah rupa gel tu selepas jenuh aku cuba guna option macro zoom dekat fon ni...Ada daun-daun hijau tu...

Aku try guna dalam 15 minit. Masa mula-mula letak seluruh muka tu, muka aku terasa bahang sikit dan sekejab je. Lepas tu OK..Masa cuci kena ada air yang banyak sebab gel ni melekat elok dekat kulit muka.Lepas basuh rasa OK & biasa je. Lepas tu aku terus pakai routine skincare & tidur.

Ini sebab kenapa aku rasa bahang sikit masa mula-mula apply gel ni dekat muka : 

Ini baru sekali pakai je. Tengok la kalau rajin malam ni kita pakai lagi. 

Korang pernah try ke product ni?

0 comments: