Jan 17, 2026

KEEP OR THROW

As Salam

Hari tu masa sesi mengemas a.k.a CLEARANCE, mula la aku jumpa saknika benda yang aku simpan sebab SAYANG. Tapi tak pernah berusik jadi lama-lama menjadi SAMPAH. Jadi aku pun terfikir..KEEP or THROW aje benda-benda ni...
Kotak ni...

Menjadi persoalan di kepala aku nak simpan atau buang aje..Barangnya pun dah letak dekat badan. Jadi kenapa nak disimpan kotaknya walaupun cantik??? Jadi aku buat keputusan untuk BUANG aje la kotak-kotak ni. Dah beberapa kotak jugak yang aku buang..Sesetengah paperbag dan bekas cincin yang transparent cover atas dari kedai-kedai bling-bling ni pun aku buang selepas aku check satu-satu. Simpan resit & tanda berat satu-satu barang yang aku beli. 

Sekarang semua yang rasa tak perlu memang aku buang aje kome. Dah malas nak fikir tempat penyimpanan barang-barang ni. NEKAD 2026 ni aku tak mo simpan barang-barang yang tak perlu. Kecuali lanyard & tag masuk competition 😆

Korang pulak macamana? Simpan ke kotak-kotak & paperbag dari kedai bling-bling yang korang pegi?

Sekarang aku tengah tunggu kehadiran cucu sedara yang dari minggu lepas cakap dengan Tok Chik dia a.k.a Hata nak mandi kolam 😆...

0 comments: