Jan 7, 2026

MACAMANA BOLEH PANDAI MENJAHIT?

As Salam

Terima kasih kerana bertanya...

Actually masa aku mula-mula menjahit dulu aku memang takde belajar dari siapa-siapa. Semua pembelajaran adalah dari pemerhatian je..Sebab masa dulu arwah mak memang tukang jahit dekat kampung kami. Alhamdulillah skill arwah mak turun kepada kami 5 beradik. Cuma yang serius menjahit lepas tu adalah kak cik & kak yang...Kak yong dan kak Nyah gitu-gitu je. Aku adalah yang terakhir start enjin menjahit.

Mesin jahit pertama aku adalah pada bulan May 2011. Mesin jahit singer yang basic tapi ada beberapa pilihan jenis jahitan. Waktu ni aku belajar menjahit yang basic-basic je..Lama-lama mesin ni tak dibawak pergi service. Jadi ade la part yang tak elok bila menjahit. Sebab waktu ni tak tahu mesin jahit kena hantar service 😆

Mesin jahit kedua & ketiga aku dapat waktu Hata belikan as belated birthday present pada bulan September 2015. 2 bulan selepas aku lahirkan Ammar. Lepas dari pada itu baru aku serius sikit belajar menjahit. Belajar pun dari youtube,dekat website nama Pinterest jugak sebab dekat sana ramai tukang jahit dari negara luar share free tutorial.

Start 2016 Hata dah serius dalam cosplay. Dari situ Hata suruh aku belajar jahit costume-costume Hata..Aku pun belajar menjahit costume sendiri jugak. Lepas tu aku rasa tak puas hati sebab ada part yang aku masih confuse. Jadi aku amik keputusan untuk cari kelas menjahit. Kebetulan pulak waktu tu ade parents dari kelas che mek share tentang tempat belajar ni dalam group kelas...

Jadi aku try la pegi tanya..Alhamdulillah kelas ni under SLDN. Skim latihan Dalam Negeri yang mana student akan dapat elaun dan under kementerian jugak. Kelas selama 8 bulan Lepas tu ada exam dan convocation. Lepas dari itu baru aku yakin sikit nak amik upah jahit baju...Dari situ ade la beberapa customer dari ofismate Hata yang hantar tempahan..Yang repeat customer pun ada..Kawan-kawan cosplay pun dah start hantar. 

Lepas tu ada satu ketika aku slow down amik upah sebab rasa tak terkejar masa..Mungkin sebab waktu tu Hata dah start balik kerja lambat, anak-anak pun dah start sekolah dan mengaji. Jadi aku rasa tak berani nak amik tempahan.

In Shaa Allah tahun 2026 ni aku ingat nak start semula aktif menjahit. Aku punya planning 2025 yang cerita nak habiskan kain remnant tu pun tak gerak sangat lagi. Jadi aku ingat nanti nak settlekan kain-kain tu baru nak start amik tempahan semula.

Ini aku & Hata tetibe dah ada planning new character untuk tahun 2026. Harapnya lepas raya dah bleh start sebab costume ni detailing dia complicated jugak 😁

Sekarang hati rasa excited nak jahit langsir & gunakan kain-kain remnant untuk buat cover microwave & water filter...😁

9 comments:

Ezna Khalili said...

Baguslah sebenarnya pandai menjahit ni Niza. Arwah mama pun pandai menjahit tapi tak ada siapa yang ikut kecuali menggubah hantaran perkahwinan. Yg ni adik-beradik ada la dapat skill sikit.

Suria Amanda said...

ooo itu kisahnya...bagus la at least nanti bosan2 x buat apa boleh je amik upah semula kan....zaman sekarang ni orang memang cari tukang jahit especially yang boleh jahit baju kurung or kebaya

Cuya said...

Menjahit memang menguntungkn... Bole buat byk duit

Roziah @ Cie said...

Oh tu perjalanannya. Arwah mak Cie pandai jahit. Yang menurun hanya Kak Ngah je. Yang lain takde. Cie setakat jahit sembat tu boleh la. Nak guna mesin jahit tak pandai. Arwah MIL pun pandai jahit jugak.

Tot said...

Wah.. bagus ada kemahiran menjahit ni, Nieza. Upah tukang jahit sekarang pun mahal, walaupun untuk sepasang baju kurung.

aizamia3 said...

Satu kelebihan kan bila pandai menjahit ni, setidak2nya dapat jimatkan duit dari membeli baju di luar.

mama tisya said...

pandai jahir ni especially langisr..jimat byk tu...kita bab menjahit mmg tk minat and keras tgn...jahit lencana ank dlu pn husband yg tlg jahit tk pn kita antar tailor haha

adnil linda said...

Mak Linda tukang jahit, tapi takde anak yang menurun pandai jahit.. hihihi

uncle gedek said...

Born dengan talent ni...