As Salam
Masa dekat KB, masa pegi keringkan kain, lepas tu ke kubur arwah FIL then kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) sebab ceh mek cakap dia nak beli SATAR. Tapi masa sampai semua kedai tepi PCB tu tak bukak. Kedai colek yang biasa kami pegi pun tak bukak. Jadi lajak ke hujung. Singgah 1 kedai ni dan amik la beberapa cucuk untuk buat kudap-kudap sambil amik angin laut PCB.
Biasa-biasa je...Togel macam ni..
Kalau dekat tempat biasa tu dapat jugak salad & timun 😆
Kepok lekor dia tak sedap. Terasa dah lama sangat dekat luar.
Lepas makan jalan ke pantai sekejab...
Panas terik waktu ni...Naik pun macam tengah naik je...
Masa OTW balik, ajak Hata singgah beli LOKAN ni dekat kedai pertama masa nak masuk kawasan pantai ni...Pada aku harga ni memang murah. Aku beli 3 kilo sebab dekat rumah pun tak ramai orang dah..Kak ipar aku yang dekat Kajang dah balik hari Isnin pagi.
Bersih aje LOKAN ni kome...Ada pelbagai size. Aku amik size medium.
Akak menjual tu cakap kalau LOKAN ni terjelir macam ni,
maknanya LOKAN ni masih fresh.
Balik rumah aku terus letak dalam freezer sebab plan nak masak untuk dinner. Padahal aku sepatutnya rendam dengan air garam supaya LOKAN ni keluarkan apa-apa yang tak perlu. Macam pasir ke...Tapi masa nak masak tu baru kak ipar tolong rendamkan dengan black pepper. Hata pulak pegi tambah garam 😆
Aku basuh gitu-gitu je sebab kak ipar cakap LOKAN ni dah dibersihkan sebelum dijual. Jadi aku hiris serai, halia, bawang merah & tabur garam sikit.
Lepas tu kukus dalam 15-20 minit rasanya.
Dah masak, semuanya terbukak macam ni...
Alhamdulillah semua yang aku beli elok fresh je LOKAN ni...
Gini rupanya kome...
Kami makan cicah dengan sos cili thai dalam botol tu je. Hata terlupa nak buat homemade sos thai tu sebab dia ralit goreng ayam & tetibe je datang idea nak buat ayam masak merah. Sedap ni kome. Rasa kenyal-kenyal chewy gitu. Besar la dari kerang. Tak ada bau hanyir mungkin sebab aku dah letak hirisan bawang, serai & halia. Actually kalau nak wangi letak daun kunyit. Lagi best.😆
Dekat KL macam susah nak jumpa. Kalau jumpa memang aku beli sebab aku & Hata suka makan. Korang pernah makan LOKAN? Korang makan macam aku atau ade resepi lain?









0 comments:
Post a Comment