As Salam
Hari Rabu aku sampai ofis jam 8.15 pagi sebab keluar rumah jam 7.40 pagi lewat sikit sebab aku jemur kain yang dipakai masak balik dari KB. Basuh malam tu jugak sebab hari Khamis CONFIRM akan banyak kain sebab memasing dah pegi sekolah dan kerja.
Maka sebab nak jimatkan masa bersarapan, aku beli nasi lemak daun pisang dekat LRT Ampang Park sebelum touch card keluar. Sampai ofis buat air manis dulu then baru makan. Actually aku berdebar-debar nak bukak bungkusan nasi lemak ni sebab 1st time beli dengan makcik ni...Sekali bukak takde bau nasi lemak daun pisang. Bau biasa je. Lepas tu aku tersangat la kecewa dengan sambal dia...
Ikan bilis seekor pun takde...
Baik yang dalam sambal ataupun yang goreng...
Tu bawang...Macam sebiji bawang dia bagi aku dalam sambal tu...
And of coz sambal tu tak kena dengan tekak aku....
Aku bayar RM2.50 untuk dapat ini...Mujur la dapat telur separuh.
Telan jugak la sebab tengah lapar.
Lepas ni memang aku tak beli dah nasi lemak dekat makcik ni..
Tak salah nak letak bawang dalam sambal. Tapi jangan la banyak sampai macam sebiji bawang dalam sambal tu. Apa yang aku nak kaut??? Dah la kitonyo memilih part bawang-bawang ni. Jadi memang cerewet la. Aku tengok kak yong, Hata, malah orang lain masak sambal idak pulak banyak macam ni 😁.
Sekian luahan perasaan si pembeli nasi lemak hari ni. 😀
Makcik telah memainkan perasaan seorang pekerja yang tengah lapar tapi tak makan sangat bawang 😆. Terus rasa macam makan nasi tu untuk lapik perut je tanpa perasaan. Nak buang sayang. Tak makan lapar pulak.😁
Korang suka sambal nasi lemak yang macamana?
Aku suka jugak sambal dekat nasi lemak saleha & mali's corner 😆


8 comments:
Adeh, semuanya bawang pulak ye... Lama dah tak makan nasi lemak Mali's
Sebab tu dia boleh jual 2.50 sebab sambal bawang 😅. Adeh la macam2 ek orang beniaga ni.
Ikan bilis mahal. Saya kalau masak sambal tumis, bawang tu saya kisar, ikan bilis yang letak banyak. Tapi kita makan di rumah. Makcik tu niaga.
selalunya memang guna bawang kisar...baru lah anak2 pun takde nak asing2 kan bawang
Itu sambal tumis bawang namanya.. seller tu nk pegi haji balik hari kot... lps ni x payah repeat dh kat situ.. mmg hampa
memang sgt jrg la nasi lemak yg letak sambal...esp kalau range rege RM2-Rm3 tu
typo: ikan bilis
PH : Sy pun dh lama x ke mali's area danau kota tu sis =D
Cie : Adehhh..sedih sy tgk sambal tu =D
Tot : Sedih sy tgk sambal tu sis =D
Linda : Kan..Kita plk jenis memilih =D
kakMim : hahaha..Dh lama x dgr ayat gi haji blk hari =D
MZ : Bungkus mcm ni patutnya jgn la letak byk bwng..Sedih sy tgk sambal tu =D
Post a Comment