Showing posts with label AidilAdha. Show all posts
Showing posts with label AidilAdha. Show all posts

CERITA AIDILADHA 2026

As Salam

Selasa malam Rabu, aku mintak dengan bos untuk balik jam 4.30 petang. Hata amik dekat LRT then terus ke mamak Bidayah dekat rumah lama untuk bungkus nasi mamak untuk Ammar. Hata & Che mek nak nasi ayam gepuk pak global. Aku dah blank tak tau nak makan apa. Sudahnya ajak Hata ke satay Melaka dekat Melawati. Bungkus & bawak balik. 

Habis makan dalam jam 7 malam. Sementara nak tunggu masuk waktu, aku start masak nasi impit, potong bawang, serai & rebus cili kering siap dengan blend. Lepas maghrib aku mengerjakan ikan keli yang dah defrost masa sampai rumah tadi. Lepas tu start la menumis sambil bakar ikan keli dalam air-fryer. Dapat la 5 ketul sekali bakar. Alhamdulillah elok jadinya kome. Next time boleh la buat bakar-bakar guna air-fryer je.Sebab ini 1st time aku membakor guna air-fryer ni 😀.
Alhamdulillah..Elok kejadiannya...
Ini pun aku letak atas besi lapik periuk tu. Basuh bersih-bersih, sapu minyak keliling besi tu then baru susun ikan-ikan ni.
Aku buat suhu 180dc untuk 15 minit.
Kuah nasi impit yang ada ikan keli bakar didalamnya..
Gambar yang semenggah sikit tak ada sebab aku lupa nak snap awal-awal tu.
Kuah & ikan dah siap malam tu. Tapi pagi Rabu, aku panaskan lauk then baru masukkan ikan sebab nak elak dari ikan tu hancur.
Aku beli 2kg. Dapat la 9 ekor then potong 2, dapat la 18 ketul.
Rajin betul aku susun nasi impit ni.
Aku masak sepaket terus. Dapat la 33 packet.

Jam 6.50pagi semalam baru kami dapat gerak ke Kajang. Alhamdulillah jalan tak jammed & perjalanan kami hanya amik masa dalam 40 minit je. By 7.30pagi dah sampai depan rumah kak ipar. Sampai tu bersalam dulu lepas tu aku keluarkan kuah nasi impit & potongkan nasi impit. Yang lain kak ipar settledkan.

Lepas makan kami duk menyembang dan makan aje la sampai jam 12 tengahari. Sampai lupa nak amik gambar 1 family. Masa family kak yong share gambar dalam group family baru teringat & terus ajak Hata snap sekeping untuk kenangan 😆. Kami pakai baju raya pertama hari tu je kecuali aku. Aku pakai jubah yang kak cik bagi je. Simple.
Jadi la sekeping buat kenangan 😁

Dalam pukul 12 tengahari Hata ajak kami ke KipMall. Hata nak pegi Jalan Jalan Japan sebab nak survey batang golf. Maka kesana la kami 4 beranak. Masuk JJJ, jalan-jalan, aku ada grab beberapa barang. Nanti aku share sini ye. Lepas tu masuk pasaraya Hero sebab MIL nak kopi. Jadi kami belikan Kopi O sachet cap tabik. Then beli roti. Lepas tu Ammar & Che mek nak Tealive. Sementara tunggu order siap, aku order ZUS. Sebab nak redeem point yang dah boleh redeem RM6. Jadi kids order Tealive, aku & Hata order ZUS Coffee. Macam biasa aku amik Caramel Macchiato kopi jenis Boss. Kaw rasanya kome. Hata pilih Spanish Latte.
Rajin adik tu lukis rabbit ni dekat paperbag aku 😁

Siap order masing-masing, kami pun gerak ke kereta. Hata nak makan roti butter yang dia beli dekat pasaraya Hero tu. Tak sabar dia nak makan sedangkan boleh je makan dekat rumah sebab memang beli banyak untuk makan sesama. 😆. Kami pakat habiskan air dalam kereta then baru gerak balik. Beli airnya untuk kami je. Jadi macam tak elok la bawak balik tanpa ada untuk yang dirumah tu sekali.Kan?

Sampai rumah lepas Zohor kepala aku start sakit. Nak tido pun tak boleh sebab bilik dah fully occupied. Jadi lentok dekat sofa aje la. Lepas maghrib kak ipar & anak sedara dah siap masak untuk dinner. By 8pm makan then Hata buat Kopi tarik. Jam 9 malam baru kami gerak balik rumah. Pening kepala ni jangan cerita la kome. Tapi dalam pening tu, sempat jugak la aku basuh kain 1 round. Pagi tadi sebelum pegi keje, jemur kain-kain tu.

Balik keje nanti nak kena menjahit sikit untuk event esok. Event apa? Jab lagi aku cerita ye?

Ada yang buat ibadah korban tahun ni? 
Tahun ni aku & Hata takde buat sebab raya dekat Kajang je.

DOA DI HARI ARAFAH DARI SEORANG ISTERI/IBU

As Salam

Morning semua.. Tadi lalu ini dekat tiktok & rasa nak share dengan semua.
Semoga apa yang kita doakan Allah angkat & perkenankan.Amin
OOTD - 26.5.26

Hari tu masuk PandaEye. Sekali masuk tengok dieorang tengah buat SALE. Dieorangkan memang selalu buat SALE. Jadi aku berkenan dengan suitwear ni. So far kain dia ok.Skirt & macam sweater gitu. Ini aku amik size L to XL. Just nice. de sehelai lagi aku amik long straight dress. Boleh pakai dekat rumah untuk tido. Nak pakai dekat luar pun boleh. Cuma aku aje la malu sikit. Dress tu loose je. 😆

Malam ni nak cari baju raya pertama hari tu. Malam tadi tak larat nak mencari sebab tolong Hata cari kasut skeletor & kasut he-man.

Dah ada yang cuti hari ni?
Masa apa untuk esok?

SALAM AIDILADHA 1446H

As Salam

Semalam hari terakhir umat islam, boleh mengerjakan ibadah korban...Alhamdulillah... Tahun ni aku, Hata, 3 orang kakak aku & 2 anak sedara berpeluang untuk mengerjakan ibadah korban...Kami kumpul duit dari tahun lepas.. Setiap bulan sorang kena bayar dalam rm70 ke rm80..Sampai cukup budget yang dianggarkan untuk seekor lembu + upah orang masjid. Jadi takde la terasa sangat nak keluarkan 1 shot amount yang perlu dikumpul...

Hari Jumaat aku amik halfday.. Lps solat Jumaat kami gerak balik kampung.. Alhamdulillah perjalanan jammed sikit je.. Tapi kereta banyak. Sebelum ke rumah kak yong, kami singgah lotus's Kampar dulu untuk topup bahan-bahan yang masih belum cukup untuk aku masak lontong... Dah pkol 6 lebih baru sampai kampung 😁
Alhamdulillah...
Completed 5 beradik..
Kakak yang baju ala-ala lilac tu je yang tak join korban tahun ni..
Baju raya aku adalah baju raya 2 tahun lepas...
Nasib masih muat 😁
Dalam pkol 10am kami dah ke masjid...
Anak-anak & Hata pakai baju masa majlis kahwin abang ipar kami dulu je...
Akad korban
Dia ni la yang akan sembelih lembu korban kami...
Get ready nak tumbangkan lembu...
Ini lah lembu kami...
Garang ni kome...Mencabar orang kampung nak tumbangkan dia...
Alhamdulillah dah berjaya dibaringkan...
Tapi nak kena alih mengadap kiblat...
Sekali lagi lembu ni bagi cabaran dekat ahli masjid...
Alhamdulillah....
Selesai sesi penyembelihan...
Waktu nak sembelih macam biasa, ketua group yang handle ni akan panggil semua ahli yang buat korban untuk tengok proses sembelihan...Sesiapa yang berkorban, adalah sunat untuk mereka tengok proses
 sembelihan tu sampai darah lembu korban menitis...
Allahuakbar...Waktu ni tak tau la banyak mana ayat-ayat & surah-surah yang terlintas dalam kepala ni, aku baca...Sebab rasa nervouse sangat...Alhamdulillah aku berjaya melihat proses tu hampir ke akhirnya...Lepas je tengok darah dah menitis, aku pun angkat kaki jauh sikit dari tempat sembelihan...
Total berat lembu kami adalah 130kg...
Kami boleh ambilk 1/3 dari berat tersebut so average dalam 43kg..
Mula-mula kami ambil 21kg sahaja...3kg seorang...
Lepas tu anak sedara bagi tau, ketua tu cakap ade extra lagi ni....Jadi kami pilih untuk amik lagi 1kg seorang so total 7kg...
Sekali anak sedara bawak balik, dia cakap ketua tu bagi 14kg...
So total kami 7 orang dapat 35kg ...5kg seorang..
Yang lain semua kami mintak orang masjid sedekah je pada yang layak...
Kami keluarkan 1kg seorang untuk bagi pada 
kakak yang tak join korban sebab dia ade tolong carikan lembu..
Tapi pada dia kami bagi lebih dr 1kg...
Lepas tu baki bagi pada anak-anak sedara, maksu & sorang cousin kami...
Tulang yang besar-besar kami buat sup...
Ini bahagian aku & Hata...
Aku bagi pada kak ipar yang dekat kajang & sorang staff ofis aku...
Menu raya haji kami simple je...
Aku masak lontong..
Ikan kapak masin..
Sebab kak yong masak nasi putih & nasi goreng 
Gulai ayam pencen dari anak sedara...
Baby udang galah masak sambal kelapa...Sedap jgk 😆
Nasi goreng baby udang galah...
Rendang kering ayam pencen...
Popiah goreng super sedap...
Semua dessert my kak cik bawak dari rumah...
Pinky apam beras 😍
Kuih tak ingat nama...
Tepung pelita ni pun sedap...

Dalam pkol 5pm aku, Hata & che mek keluar sekejab sebab aku nak mencari barang...Lepas tu sebelum my kak cik balik, dia ajak kami semua beraya ke rumah dia lepas maghrib...Sebab plan asal nak bakar-bakar dekat rumah kak yong..Tapi disebabkan kak yang & family tak dapat join sebab ade hal lain, maka macam tak cukup corum la kan...So cancelled bakar-bakar, kita gi beraya rumah kak cik...Aku gerak sebelum maghrib untuk tolong kak cik masak ape-ape yang perlu...Kak nyah bawak otak-otak dari Johor, so mintak anak kak cik bakarkan otak-otak tu...Sedap kome...😆
Some of our family members..
2 belakang tu anak sedara terlebih makan...
Tu yg hyper active tu 😆
Pecal sedap kak nyah bawak dari rumah..
Tapi tetap tak boleh challenge pecal arwah mak yang buat..😭

Pkol 11.00 malam baru kami semua gerak balik dari rumah kak cik..Sampai rumah semua dah penat le kome....Lepas selesai apa yang patut memasing masuk sarang....Tarik selimut & dibuai mimpi 😆

Alhamdulillah....Selesai dah cerita aidiladha hari pertama aku...Nanti aku cerita kisah hari ahad pulak ye kome...