As Salam
Semalam bersahur kami makan simple je. Alhamdulillah kami hanya carry foward 1 jenis lauk berbuka ke bersahur iaitu ayam masak lemak dan add on telur dadar. Semalam balik kerja, letak bag terus masak. Masa Hata sampai, aku dah suruh Hata keluarkan ayam dari freezer. Senang masa aku sampai ayam tu dah tak beku dah. Aku masak simple-simple je.
Aku masak gulai lemak ayam, goreng garing ikan bawal hitam, goreng garing paru, sayur campur tabur blackpepper & kerabu manga yang aku buat 2 hari lepas tapi asyik terlupa nak keluarkan dari peti sejuk.
Alhamdulillah semua menu diatas berjaya kami habiskan kecuali gulai lemak ayam tu. Carry forward ke bersahur sebabnya??? Che mek semalam tak mo berbuka nasi. Dia makan instant pasta dari prego. Ammar pulak?
Balik dari sekolah agama Ammar tunjuk dia dapat ini dari masjid.
Jadi Ammar cakap waktu berbuka dia nak makan makanan ini.
Kerabu manga ni pun habis kami berdua makan...
Dah lama teringin nak buat. Hari tu masa pegi pasar Chow Kit aku beli mempelam muda. Lepas tu lupa nak buat. Masa kopek mempelam tu udah kuning sikit. Aku tetap jugak buat. Sedap aje aku rasa.
Manis-manis podeh kata orang negori 😆
Pencuci mulut dengan buah orange manis & sebelah manga yang dihabiskan oleh Ammar.
Alhamdulillah... Selesai menu buka puasa & bersahur hari ke-8 ramadan. Saat ini Hata & anak-anak masih berada dalam flight menuju ke airport Sultan Ismail Petra. Flight delayed sikit. In Shaa Allah sikit lagi sampai di Kota Bharu. Esok aku pulak menyusul gerak sorang dari KL ke Kota Bharu by flight jugak. Aku naik apa dari rumah ke KLIA 2? Nanti aku cerita ye?
Kami pilih untuk naik flight bukan sebab apa. Sebab nak jimatkan masa, tenaga & tak nak mengadap jammed. Dah tak larat la kome mengadap jammed nak balik KB. Aku tak dapat nak follow mereka hari ni sebab hari ni ofis aku ade buat majlis bukak puasa. Dekat aje dengan ofis. Kemana kita? nanti aku share ye. Esok aku bawak laptop ni balik Kota Bharu. Kalau sempat aku update.
Kenapa tak balik next week? Sebab next week kita ada planning lain pulak 😁
Hari ni kome berbuka apa?
Doakan hata & kids selamat sampai Kota Bharu ye kome. Amin





0 comments:
Post a Comment