Showing posts with label MENU BERBUKA PUASA. Show all posts
Showing posts with label MENU BERBUKA PUASA. Show all posts

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 28 RAMADAN 1447H

As Salam

Esok atau lusa aje kita akan sambut syawal kome. Excited ada, risau jalan jammed pun iye jugak ni 😁. Semalam aku ajak Hata berbuka dekat luar sebab rasanya baru sekali anak-anak berbuka dekat luar iaitu dekat St.Giles hotel tu. Sebelum & selepas tu memang berbuka dekat rumah je. Sekali aku dapat message dari admin bagitahu bos tetapkan esok & Isnin cuti follow gomen. Bila aku forward message tu pada Hata, Hata cakap tak boleh la nak pegi berbuka jauh sebab nak kena kemas bag.

Jadi Hata pun booking dekat Rot Thai - Platinum Walk sebelah Setapak Central tu. Jam 6.20 petang baru kami gerak dari rumah sebab tak jauh pun jaraknya. Sampai-sampai tu duduk sekejab. Jam 6.50 petang tengok customer lain dah start amik makanan. Aku jadi panik lepas tu terus ajak Hata pegi amik jugak sebab tak nak beratur panjang waktu customer lain datang. Waktu ni customer tak ramai lagi.
Penuh 1 meja.
3 ni memang fevret aku. WAJIB amik. Crab ball tu saje amik sebab nak rasa.
Amik serba sikit. Buat raso-raso.
Colek buah ni aku amik sikit je sebab takde mangga.
Pilihan che mek. Golden mushroom tu share dengan aku.
Salad. Coral salad untuk Hata, baby Pak Choy tu share dengan Hata
Laksa kelantan yang memang WAJIB amik walaupun sikit sebab rasa dia memang sebijik macam laksa pior dari Kelantan
Kuah dia pekat & banyak isi ikan..
Penutup dengan aiskrim & nata de coco + biji selasih

Lepas makan kami berjalan kaki ke Setapak Sentral sebab aku nak keluarkan cash. Lepas tu ke area Taman Melawati Hata & Ammar nak potong rambut. Sejam aku tunggu dalam kereta. Beku kome. Lepas tu terus balik rumah.
Mengadap jammed dengan orang yang nak balik ke pantai timur & utara 
sebab inikan MRR2.

Sampai rumah terus kemas bag sampai jam 2 pagi untuk balik kampung petang ni. Alhamdulillah bos bagi kami balik jam 4 petang. Hata lagi best..Ofisnya bagi balik jam 3 petang. Jadi Hata akan amik aku dekat LRT Taman Melati lepas tu terus shoot balik kampung. Menu berbuka hari ni? Kita tunggu aje la apa yang sempat kami beli ye. Tak sure jalan jammed ke idak. Tapi aku dah mintak kak yong masak lebih. 😁

Selamat pulang ke kampung halaman ye semuanya yang balik. jangan laju-laju, relax & SABARUN 😆

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 27 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam Hata berbuka dekat ofismate jadi kami berbuka bertiga je. Masak simple je as per request by kids. Masa sampai dekat LRT, hujan turun dengan lebat, terus terpikir mujur la tak pegi keje naik motor. Sebelum tunggu cab, aku beli 3 jenis kuih dekat tepi LRT sebab tak pernah beli dekat situ. Balik kerja aku rehat sekejab, dalam jam 6 petang baru aju start masak sebab masak soup aje.
Mee soup simple makan dengan white pepper.
Beli tauhu bergedil RM6 untuk 5 pcs.
Aku terlupa nak makan. Hata je makan masa dia balik dr iftar. Katanya OK.
Popiah sira. Not bad. RM4
Agar-agar sirap. Ammar suka. RM2.50

Lepas siap masak soup, aku terfikir nak makan apa untuk berbuka. Teringat daging ada baki jadi kita bakar / salai atas pan sekejeb... Lepas berbuka aku masak daging ni & masak nasi.
Banyak ni je daging yang tinggal. Memang nak habiskan stock.
Jadi inilah lauk bersahur kami pagi tadi. Simple je tapi aku, che mek & Hata makan bertambah, che mek siap makan daging saja lepas makan nasi. Ammar je tak bertambah sebab lepas tu dia nak makan cornflakes.

Alhamdulillah kenyang lagi waktu bersahur tadi. Esok last day keje. Sebab ofis aku follow cuti yang gomen bagi. Jadinya esok In Shaa Allah lepas kerja aku akan ke LRT KL Sentral, Hata amik dekat sana dengan anak-anak dan akan terus gerak balik kampung. Jadinya malam ni kena start kemas bag la kome.

Korang yang balik kampung tu dah start balik ke?

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 26 RAMADAN 1447H

As Salam

Hari ni dah masuk 27 Ramadan dah kome. Sikit aje lagi kita ramadan akan tinggalkan kita. Doanya semoga kita diIzinkan untuk bertemu dengan ramadan yang akan datang.

Semalam aku planning nak masak lemak udang & ketam. Lepas tu dah jammed nak tambah lauk apa. Jadi Hata cakap balik kerja nanti dia singgah belikan nasi kerabu & nasi mamak Bidayah untuk Ammar. Jadi aku tak perlu masak. 😁. Masa sampai dekat parking motor, dari jarak beberapa meter, aku nampak 1 sosok badan yang macam aku kenal & tak kenal. Nampak tak nampak sebab aku tak pakai spek. Bila motor dah dekat dengan parking & sosok tu makin jelas. Ehhhh..Hata pun sampai waktu yang lebih kurang sama dengan aku jugak rupanya. Jadi kami bersama-sama naik ke rumah. Aku punya renyeh masa mata dah confirmkan itu adalah Hata dah macam orang jumpa boipren 😆

Jadi semalam kami makan makanan dari Bazaar ramadan dekat tepi tasik Sri Rampai tu. Hata kol che mek dekat rumah & che mek pun nak nasi kerabu jugak.
Nasi kerabu aku. Aku nak kopeh. Tapi takde. Jadi Hata belikan aku ayam goreng.
Hata amik lauk daging bakar & lemak bakar. Kami makan kongsi-kongsi je.
Dalam nasi kerabu aku ada ayam goreng, telur masin & solok lado.
Makan dengan bawang putih jeruk ni. Baru lah complete makan 
nasi kerabu kome oiii...😆
Habiskan baki daging bulgogi yang aku buat hari tu. Alhamdulillah masih elok & berasa 😁

Jam 8.15 hantar che mek ke kelas tuisyen. Lepas tu singgah Mr.DIY baru bukak depan tu tapi 1 deko raya pun takde. Aku nak beli lampu liplap-liplap untuk decoration raya dekat ofis ni. Lepas tu aku dah malas nak ke Mr.DIY yang lain jadi kami balik rumah aje la.

Sampai rumah jam 9 malam. Waktu ni aku rasa teramat la mengantuknya kome. Mungkin sebab terlebih makan nasi kerabu. Overloaded dah 😁. Maka aku lelap sekejab sampai jam 9.50 malam. Jam 10 malam turun pegi isi minyak & amik che mek. Sampai rumah aku terus mandi & solat Isyak. lepas tu aku sambung tido kome. Aje handey penangan nasi kerabu ni 😆

Sudahnya sahur tadi memasing dah tak tahu nak makan apa. Wehhhh..Macam tak pernah dibuat orang bersahur dengan maggi sup campur telur. Simple macam maggi orang bujang 😂. Lepas makan maggi kami sambung makan cornflakes pulak.
Maggi sup + telur. As Simple As ABC.
Semangkuk kecik cornflakes & 2 biji kurma.

Petang nanti planning nak masak simple je. Lepas tu ingat nak masak nasi siap-siap. Kena masak jugak udang dengan ketam tu sebab nak cuti raya lama. Aku tak amik cuti sebelum raya. Memang akan balik kampung malam raya tak kisah la raya hari Jumaat / Sabtu.

Sebabnya ofis aku bagi option macam ni. kalau raya Jumaat, kami akan cuti Jumaat sampai Isnin. Kalau raya hari Sabtu, hari Jumaat tu kami kena kerja. Tapi cuti sampai hari Selasa. Rabu baru start kerja. Ok la tu. Win win situation. Kalau raya Sabtu, at least aku jimat sehari annual leave. Kalau raya Jumaat, annual leave aku jadi 4 hari sebab aku cuti selepas raya pertama. 😁

Korang cuti seminggu macam aku jugak ke?

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 25 RAMADAN 1447H

As Salam

Pagi tadi sahur lauk yang sama kami berbuka semalam. Habiskan apa yang ada tapi aku add on kurma ayam dalam tin sebab nak cepat & nak sikit je. Buat lauk nasi semalam.
Meriah menu semalam. Alhamdulillah kenyang. Yang macam fillet celup tepung tu adalah cube ikan dory yang aku beli dekat rosyammart jugak. Makan cicah dengan tartar sauce, thousand island & cili sos. Layan.
Meh kita closed up ye...
Main course. Hata masak nasi briyani 😁
Ayam tandoori guna paste maggi.
Udang galah & ketam goreng kunyit beli dekat Rosyam Mart tepi Jakel.
Timun & yogurt. Buat semangkuk kecik ni je sebab nak habiskan waktu berbuka tu jugak. Tak nak bawak ke sahur.
Dessert with rock melon. Beli dekat Rosyam Mart.

Petang ni aku ingat nak habiskan baki udang galah 2 ekor, ketam 2 ekor. Tapi sahur tadi Ammar request nak nasi mamak bidayah pulak 😆

Korang masak apa tu?

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 24 RAMADAN 1447H

As Salam

Lambat lagi bersiaran hari ni sebab pagi jam 11 sampai ke jam 2 petang kami keluar. Sampai rumah udah penat. Berehat. Lepas tu kalut nak prepare menu untuk berbuka hari ni. Anak sedara datang amik baju & skirt. Alhamdulillah kurta tu muat dekat husband dia. I is risau ye 😁

Semalam cerita dia aku ajak Hata ke jalan TAR. Sebab che mek nak cari tudung bawal bidang 50. Maka jam 6.20 petang kami keluar dari rumah. Jammed jugak walaupun ikut jalan shortcut with toll. Sampai dekat parking bangunan DBKL jam 7.05 malam. Jadi aku cakap dengan Hata, kita tunggu dalam kereta sampai jam 7.20 malam. Lepas tu bergerak ke surau DBKL ni & tunggu la waktu berbuka dekat sana. Lepas tu boleh solat maghrib terus. Jadi semalam kami bawak kurma & aku buat air cappuccino & air masak. Selesai solat baru la kami bergerak ke area bazaar.

Masuk dalam MUAZ hanya pergi dekat bahagian tudung je. Sudah la rambang mata aku kome. Nanti aku share berapa helai aku berjaya grab ye. Lepas selesai beli tudung, kami makan dekat Nasi Lemak Burung Hantu tepi semua house. Waktu ni orang dah ramai selesai makan jadi nak dapat tempat duduk tu cepat aje. Ammar amik nasik lemak telur mata & ayam goreng. Hata amik nasi lemak telur mata. Mereka guna beras basmathi. Jadi memang sedap la nasi lemak tu kome. 
Sempat snap gambar air aje kome. Gambar nasi tak sempat sebab memasing dah lapar. Aku & che mek tak makan nasi lemak ni. Aku amik sesudu je dari pinggan Hata sebab aku dah makan secucuk sosej & che mek makan ayam gunting masa sampai dekat area bazaar ni.
Sekeping selepas makan.
Sekeping dekat tangga dalam semua house ni. saja jalan-jalan sekejab. Food court dekat bawah ni dah tutup waktu kami sampai tu. Tu yang makan dekat Nasi Lemak Burung Hantu tu.

Lepas makan kami ke Mutiara Damansara sebab Hata nak try makan colek dekat sini. Kedainya betul-betul tepi masjid. Nama kedai Nasi Kukus Ilham kalau tak silap aku. Kami amik sikit-sikit je. Paru size separuh tapak tangan sekeping RM2. Perut titab sepiring RM6.50. Udang timbang. Aku amik 3 ekor RM11.50. Air kami amik air kosong je.
Ok la sos dia..Boleh layan.
Nampak menarikkan?
Kerang rebus sepinggan RM20. Size sedang-sedang je.
Well cooked. Sos sama macam sos colek.

Lepas makan kami terus balik rumah. Smpai rumah dekat pukul 12 malam. Sakan berjalan kome. Sudahnya sahur pagi tadi aku buat ini je.
Scrambled egg letak atas roti. Sebab semua tak tahu nak makan apa. Kids aje lepas makan telur ni mereka makan cornflakes.

Kome masak apa tu?

Hari ni aku masak goreng celup tepung udang galah 3 ekor, ketam seekor & cube ikan dory. hata masak special. Apa dia? Nanti aku share ye kome. Kurang dari 5 hari je kita akan beraya kome. mana yang balik kampung tu siap-siap la kemas bag. Aku pun dah nak start sorting baju dah ni.

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 23 RAMADAN 1447H

As Salam

Lambat bersiaran petang ni sebab baru selesai menjahit. Semalam balik kerja Hata tunggu aku dekat parking motor sebab kami berdua lepas tu terus ke AEON Alpha Angle beli makanan berbuka. Sebab semalam aku planning nak ke masjid jamek lepas berbuka. Sekali masa dalam kereta, hujan turun boleh tahan lebat jugak. Tapi kami teruskan jugak ke area Jakel. Masuk dalam ST Rosyam Mart. 1st time kesini. Besar jugak ye kome. Harga memang berpatutan. Banyak jugak barang yang kami beli semalam.

Masa dekat AEON Alpha Angle aku tak tahu nak makan apa. Jadi amik serba sikit kongsi dengan Hata. Kids dah bagitahu mereka nak makan apa. Semalam tak dapat nak masak sebab lauk basah dah habis.
Menu Salmon pilihan Hata
Takoyaki pilihan aku.. Share dengan Hata.
Nasi korea ni untuk che mek.
Indo mee. Share bertiga dengan Hata & Ammar.

Lepas membeli dekat Rosyam Mart semalam, kami terus balik rumah je. Tak jadi nak singgah moreh dekat mana-mana sebab waktu ni masih hujan walaupun tak lebat. Kami parking kereta dekat bangunan AIA.
Geram je nak amik baby king crab tu...😁
Ikan rebus goreng, ayam goreng kunyit by Hata & sup labu air & fishball

Alhamdulillah kenyang kami masa bersahur pagi tadi. Kejab lagi kami planning nak keluar. Kemana? Nanti aku cerita ye kome.

Korang berbuka apa nanti tu?

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 22 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam hasrat nak masak macaroni goreng tak kesampaian bila sampai je rumah Hata dah mintak duduk depan dia tolong kirakan duit raya yang Hata baru tukar dekat ofis. Bahagi-bahagi ikut amount yang aku tukar, anak sedara & sorang ofismate aku yang mintak tolong Hata tukarkan jugak. 

Jam 6 petang tu aku pun ke dapur la nak mula masak sebab masak macaroni tak lama macam masak lauk untuk nasi putih. Sekali sos prego nan hado. Lupa lagi nak beli. Sudahnya tanya la anak-anak nak makan apa. Che mek nak chicken tenders, Ammar nak nasi mamak, Hata pilih nak nasi briyani

Jadinya naik motor la kami berdua ke deretan kedai belakang rumah ni. Singgah Giant mini ingat nak beli kicap masin & sos prego. Bila tengok orang ramai beratur, ntah macamana aku hanya ingat nak amik kicap masin je. Sos prego tak amik. Masa sampai dekat motor Hata tanya mana sos prego? Aku blur...😆😆😆. Ini semua sebab orang yang beratur panjang dengan macam-macam kerenah dekat kaunter. Itu yang buat aku jadi lupa. #salahkanoranglainpulak sedangkan aku yang #terlupa.
Hata punya nasi beriyani & ayam masak madu.
Masa dekat LRT Ampang Park pihak Touch n Go agihkan bubur lambuk ni pada setiap yang lalu sana. Aku amik 1 bekas je. Semalam makan msa berbuka. Rasanya OK je. Bleh la tahan.

Dinihari dalam jam 3 pagi tetibe aku sakit perut. Mujur 2 kali je ulang alik ke toilet. Sudahnya waktu sahur aku mintak tolong Hata yang masakkan sebab aku tak larat. Banyak jugak "membuang" waktu jam 3 pagi tu.
Hata masakkan nasi goreng daging. Aku buat teh o panas & daging tu. 
Daging apa? Nanti aku cerita ye.

Hari ni korang berbuka apa? Hari ni aku cakap tak nak berbuka nasi. Jadi masih belum terfikir nak makan apa untuk berbuka nanti. Malas sangat rasanya nak pegi mana-mana bazaar ramadhan yang terdekat 😁.

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 21 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam as per planned, jam 6.20 petang aku & kids berjalan kaki ke Family Mart untuk bungkus oden. Semalam hata ade iftar dengan bos dekat Rebung area Taman Tasik Perdana. Lepas bungkus oden, aku ke Giant mini untuk beli minyak bijan. Lepas tu balik la kome. Waktu ni dah pukul 7.05 malam.
Inilah menu berbuka kami 3 beranak semalam.
Tekak aku ni tetibe je nak makan telur gulung ni ha...
Maka gigih la kita pecah telur sampai 4 biji.
Masak dalam square pan lepas tu tabur kepingan cheese, cili merah & tomato yang aku potong dadu comey-comey.

Kenyang makan telur gulung ni udah oden aku tak habis. Mujur la tak amik banyak. 😁. Lepas solat maghrib aku terus masuk bilik menjahit. Start potong kain untuk skirt & kurta anak sedara. Alhamdulillah dapat potong dua-dua kain tu semalam. In Shaa Allah hari ni aku try jahit lepas che mek habis kelas tuisyen.

Masa Hata sampai rumah jam 11 malam aku dah ready nak tido dah. Pkol 10.30 malam aku dah kerah anak-anak tutup TV, kemas bag sekolah & tidur. Hari ni rasa macam tak nak berbuka dengan nasi. Tapi tengok keadaan dulu.

Korang berbuka apa hari ni?

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 20 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam tekak rasa nak makan Vietnamese roll. Bahan semua dah ada beli beberapa hari yang lepas. Jadi kita buat la. Semalam aku masak simple je. Memang lauk-lauk tu bawak ke waktu bersahur. Semua tinggal serba sikit je. Waktu bersahur semua habis.
Telur mata masak kicap request by che mek,
Sambal berlado terung & sebiji kentang.
Ayam fillet goreng - untuk Ammar.
Vietnamese roll isi udang & isi ketam.
Aku suka la menu ni. Terung tu goreng hawa-hawa je. Tak terlalu masak sebab nak bagi rasa sedikit crunchy. Kentang tu saje aku add on.
Puas hati dapat makan. Aku makan sampai 3 pcs.
Hata makan 4 pcs. Baki 2 pcs aku simpan dalam peti sejuk untuk berbuka petang nanti.Sos dia aku cicah dengan sos cili thai je. Tak buat beriya.
Hata beli kunafa chocolate ni sampai 2 bekas. 
Seronok la kids makan untuk moreh 😁

Lepas balik dari hantar che mek ke kelas tuisyen, aku rasa mengantuk sangat. Makan banyak sangat kot. Sampai aku terlelap dekat sofa dari jam 9 malam sampai 9.30 malam. Lepas tu Hata kejut suruh gi mandi & solat Isyak. Lepas solat tu aku rasa masih mengantuk. Sejuk mandi tu buat aku rasa lagi nak cari bantal & selimut 😆.

Sudahnya Hata & Ammar je yang pegi amik che mek. Jam 10 malam aku dah landing atas katil tarik selimut. Memang langsung tak sedar mereka balik semula ke rumah & tido pukul berapa.Sedar-sedar bunyi alarm untuk bersahur je 😁

Hari ni berbuka apa kome?
Hari ni anak-anak aku request nak berbuka dengan oden dari family mart. Layankan aje la...Aku pun teringin jugak oden tu 😁

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 19 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam Hata WFH. Jadi lepas lunch aku mintak Hata masakkan nasi ayam sebab dah 2 minggu aku teringin nasi ayam yang Hata masak. Masak simple je. Masukkan ayam dalam beras then masak sekali harung. Kebetulan stock ayam ada sebekas lagi. Cukup untuk 1 round berbuka tanpa perlu carry foward ke waktu bersahur. Semalam perut aku tak berapa selesa. Rasa macam bloated.

Jadi balik keje semalam, lepas solat Asar, aku take a nap sekejab sebab perut tak selesa. Jam 6.30 petang aku jenguk ke dapur & tengok Hata dah prepared semuanya. Tinggal hidang atas meja je. Thanks Hata. 💜 
Nasi ayam simple tapi cukup mengenyangkan.

Lepas berbuka bersiap sedia untuk hantar che mek ke kelas tuisyen jam 8.15 malam. Lepas hantar terus balik rumah sebab aku nak sambung menjahit. Jam 10.10 malam kami keluar dari rumah untuk amik che mek dah ke kedai nasi lemak Saleha. Aku bungkus 3 nasi lemak daun pisang & seketul ayam goreng.

Pagi tadi aku bersahur dengan nasi lemak tu je sebungkus sorang. Ayam seketul tu pun kongsi 3 orang baru habis ye kome. Che mek cakap tak nak makan nasi jadi dia makan cornflakes je. Harap-harap dia dapat bertahan sampai berbuka nanti.

Gambar menu bersahur aku lupa nak snap sebab busy panaskan nasi lemak, ayam & sambal. Lepas tu buat teh o panas.Alhamdulillah..Selesai bersahur pagi tadi. Hari ni che mek requeast nak telur mata masak kicap pulak. Ok la..Kita masakkan. Then aku ingat nak goreng ikan keli untuk habiskan & masak sayur. Settled.

Korang dah planning nak masak apa petang ni?
Tinggal 10 / 9 hari aje lagi kita dibulan ramadan yang mulia ni. 😁