Mar 18, 2026

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 27 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam Hata berbuka dekat ofismate jadi kami berbuka bertiga je. Masak simple je as per request by kids. Masa sampai dekat LRT, hujan turun dengan lebat, terus terpikir mujur la tak pegi keje naik motor. Sebelum tunggu cab, aku beli 3 jenis kuih dekat tepi LRT sebab tak pernah beli dekat situ. Balik kerja aku rehat sekejab, dalam jam 6 petang baru aju start masak sebab masak soup aje.
Mee soup simple makan dengan white pepper.
Beli tauhu bergedil RM6 untuk 5 pcs.
Aku terlupa nak makan. Hata je makan masa dia balik dr iftar. Katanya OK.
Popiah sira. Not bad. RM4
Agar-agar sirap. Ammar suka. RM2.50

Lepas siap masak soup, aku terfikir nak makan apa untuk berbuka. Teringat daging ada baki jadi kita bakar / salai atas pan sekejeb... Lepas berbuka aku masak daging ni & masak nasi.
Banyak ni je daging yang tinggal. Memang nak habiskan stock.
Jadi inilah lauk bersahur kami pagi tadi. Simple je tapi aku, che mek & Hata makan bertambah, che mek siap makan daging saja lepas makan nasi. Ammar je tak bertambah sebab lepas tu dia nak makan cornflakes.

Alhamdulillah kenyang lagi waktu bersahur tadi. Esok last day keje. Sebab ofis aku follow cuti yang gomen bagi. Jadinya esok In Shaa Allah lepas kerja aku akan ke LRT KL Sentral, Hata amik dekat sana dengan anak-anak dan akan terus gerak balik kampung. Jadinya malam ni kena start kemas bag la kome.

Korang yang balik kampung tu dah start balik ke?

6 comments:

Suria Amanda said...

Nasib baik kampung akak dekat je...hehehe...PZ masih ada so suami cakap every year raya belah akak dulu then baru balik JB sebab dia dah xde mak ayah dah kan...dah macam daging salai dah tu...kalau dapat salai lagi sedap kan

Roziah @ Cie said...

Jem sana sini dah ramai balik kampung sejak semalam lagi.

uncle gedek said...

Banyaknya fishball dia! Ini untung buat sendiri

adnil linda said...

linda hari ni (khamis) dpaat halfday...tapi, tiket memang dah habis la..so, incikSuami lah kena jemput.. hihihi...so, tunggu dia..terus balik kampung

Mama Zharfan said...

bestnya sbb anak2 nieza dan hatta berselera mkn time sahur..my hubby dan boys...semua ber4 tu jenis tak lalu mkn sahur..mr hubby mkn roti ajer, razeen minum susu ajer, ariff minum air nestum ajer

thisni3za said...

SA : Betul tu sis.Dpt sali yang real lg syiok =D

Cie : Betul tu...=)

Uncle : Kan...Puas hati mkn.

Linda : Blk dgn encik bos lg best =D

MZ : Alhamdulillah so far ok lg mkn time brsahur walaupun sikit & lps tu mkn cornflakes =D