MENU BERSAHUR & BERBUKA : 28 RAMADAN 1447H

As Salam

Esok atau lusa aje kita akan sambut syawal kome. Excited ada, risau jalan jammed pun iye jugak ni 😁. Semalam aku ajak Hata berbuka dekat luar sebab rasanya baru sekali anak-anak berbuka dekat luar iaitu dekat St.Giles hotel tu. Sebelum & selepas tu memang berbuka dekat rumah je. Sekali aku dapat message dari admin bagitahu bos tetapkan esok & Isnin cuti follow gomen. Bila aku forward message tu pada Hata, Hata cakap tak boleh la nak pegi berbuka jauh sebab nak kena kemas bag.

Jadi Hata pun booking dekat Rot Thai - Platinum Walk sebelah Setapak Central tu. Jam 6.20 petang baru kami gerak dari rumah sebab tak jauh pun jaraknya. Sampai-sampai tu duduk sekejab. Jam 6.50 petang tengok customer lain dah start amik makanan. Aku jadi panik lepas tu terus ajak Hata pegi amik jugak sebab tak nak beratur panjang waktu customer lain datang. Waktu ni customer tak ramai lagi.
Penuh 1 meja.
3 ni memang fevret aku. WAJIB amik. Crab ball tu saje amik sebab nak rasa.
Amik serba sikit. Buat raso-raso.
Colek buah ni aku amik sikit je sebab takde mangga.
Pilihan che mek. Golden mushroom tu share dengan aku.
Salad. Coral salad untuk Hata, baby Pak Choy tu share dengan Hata
Laksa kelantan yang memang WAJIB amik walaupun sikit sebab rasa dia memang sebijik macam laksa pior dari Kelantan
Kuah dia pekat & banyak isi ikan..
Penutup dengan aiskrim & nata de coco + biji selasih

Lepas makan kami berjalan kaki ke Setapak Sentral sebab aku nak keluarkan cash. Lepas tu ke area Taman Melawati Hata & Ammar nak potong rambut. Sejam aku tunggu dalam kereta. Beku kome. Lepas tu terus balik rumah.
Mengadap jammed dengan orang yang nak balik ke pantai timur & utara 
sebab inikan MRR2.

Sampai rumah terus kemas bag sampai jam 2 pagi untuk balik kampung petang ni. Alhamdulillah bos bagi kami balik jam 4 petang. Hata lagi best..Ofisnya bagi balik jam 3 petang. Jadi Hata akan amik aku dekat LRT Taman Melati lepas tu terus shoot balik kampung. Menu berbuka hari ni? Kita tunggu aje la apa yang sempat kami beli ye. Tak sure jalan jammed ke idak. Tapi aku dah mintak kak yong masak lebih. 😁

Selamat pulang ke kampung halaman ye semuanya yang balik. jangan laju-laju, relax & SABARUN 😆

7 comments:

  1. tk kesempatan lg nk try Rot Thai

    ReplyDelete
  2. balik mana tu nieza? semoga selamat sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
  3. Husband PH pukul 1.30 boss dah bagi balik :)
    Semoga selamat sampai ke destinasinya 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  5. so far tak pernah lg mkn kat rot thai tu...laksa tu nmpk sedap sungguh!

    ReplyDelete
  6. Mama Tisya : Lps raya ni bleh gi try sis. =D

    Cie : Tahun ni turn perak dulu =D

    HA : Wahhh..Mcm keje halfday aje tu =D

    SA : Amin..Thx sis =D

    Lydia : Sy mmg suka laksa Kelantan dkt sini sis. =D

    MZ : Betul sis..Mmg sedap pd sy.KUah dia pekat elok byk isi.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.