MENU BERSAHUR & BERBUKA : 20 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam tekak rasa nak makan Vietnamese roll. Bahan semua dah ada beli beberapa hari yang lepas. Jadi kita buat la. Semalam aku masak simple je. Memang lauk-lauk tu bawak ke waktu bersahur. Semua tinggal serba sikit je. Waktu bersahur semua habis.
Telur mata masak kicap request by che mek,
Sambal berlado terung & sebiji kentang.
Ayam fillet goreng - untuk Ammar.
Vietnamese roll isi udang & isi ketam.
Aku suka la menu ni. Terung tu goreng hawa-hawa je. Tak terlalu masak sebab nak bagi rasa sedikit crunchy. Kentang tu saje aku add on.
Puas hati dapat makan. Aku makan sampai 3 pcs.
Hata makan 4 pcs. Baki 2 pcs aku simpan dalam peti sejuk untuk berbuka petang nanti.Sos dia aku cicah dengan sos cili thai je. Tak buat beriya.
Hata beli kunafa chocolate ni sampai 2 bekas. 
Seronok la kids makan untuk moreh 😁

Lepas balik dari hantar che mek ke kelas tuisyen, aku rasa mengantuk sangat. Makan banyak sangat kot. Sampai aku terlelap dekat sofa dari jam 9 malam sampai 9.30 malam. Lepas tu Hata kejut suruh gi mandi & solat Isyak. Lepas solat tu aku rasa masih mengantuk. Sejuk mandi tu buat aku rasa lagi nak cari bantal & selimut 😆.

Sudahnya Hata & Ammar je yang pegi amik che mek. Jam 10 malam aku dah landing atas katil tarik selimut. Memang langsung tak sedar mereka balik semula ke rumah & tido pukul berapa.Sedar-sedar bunyi alarm untuk bersahur je 😁

Hari ni berbuka apa kome?
Hari ni anak-anak aku request nak berbuka dengan oden dari family mart. Layankan aje la...Aku pun teringin jugak oden tu 😁

6 comments:

  1. Akak dah 2 malam tido x lena..Isnin malam selasa tu rasa tido tp macam x tido..hati tu macam berjaga..malam tadi sebab minum nescafe O selepas 3 minggu x minum...hahahahah

    ReplyDelete
  2. Terasa nak oden juga..tapi, kaki melangkah ke pasar malam..last² beli kuetiow goreng jelah

    ReplyDelete
  3. Cie pukul 10 pun dah memang masuk tidur dah. Tapi tu la tak lena sangat sejak Ramadan ni. Kerap terjaga jugak la.

    ReplyDelete
  4. Langsung ingat msh ada rice paper. Saya buat Vietnam roll ini juga lah 😄🤩🤩

    ReplyDelete
  5. i pun dh few times tertidur awal masa ramadan ni..memang rasa mengantuk yg extreme gitu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.