As Salam
Hari Isnin yang lepas, aku kan dapat cuti free sempana CNY. Kids memang cuti. Hata je kerja. Aku suruh Hata pegi kerja. Jangan bazirkan AL. Jadi tinggallah kami 3 beranak je dirumah. Lepas Hata pegi kerja aku masuk bilik semula. Jam 8 pagi baru keluar bilik & kukus dim sum. Jam 9 pagi kejutkan kids untuk sarapan dan bersiap untuk mandi kolam. Ammar dah mintak mandi dari minggu lepas.
Variety of Dim Sum. Aku kukus dalam rice cooker je kome.
Tertunai hajat Ammar nak mandi kolam. Waktu ni tak ramai orang. Hanya ada 1 family je. Si ibu & anak 2 orang. Waktu ni hanya aku & Ammar je yang mandi. Che mek tak mo mandi. Sejuk katanya.
Dalam jam 11 pagi kami naik. Lepas tu jam 1 tengahari baru aku start memasak. Aku masak gulai lemak udang + nenas, sotong goreng kunyit, ayam goreng seketul ( habiskan stock ) & panaskan sambal ikan bilis Hata. Lepas makan dalam jam 3.45 petang aku ajak anak-anak lelap sekejab. Dah lama rasanya tak tidur waktu siang hari.
Bentang toto, tutup langsir tutup lampu...
Udah macam malam la dalam rumah ni.
Tapi Ammar tak dapat tidur sebab hidungnya tersumbat nak selesema.
Tolong abaikan baju bajan dekat sofa tu ye.Sebab tu kain baru diangkat dari ampaian. Aku risau hujan sebab masa tu dah nampak gelap.
Hata sampai jam petang tu terus kami ke Giant Setapak untuk beli barang masak hari esoknya..Balik dari Giant, selesaikan apa yang patut lepas tu aku pun start la masak apa-apa yang boleh dimasak awal-awal. Aku buat sambal kelapa untuk masuk dalam ikan cencaru, rebus paru sebab nak goreng je lepas tu Hata buat sambal untuk nasi kak wok.
Jam 1 pagi jugak baru aku & Hata dapat luruskan tulang belakang ni 😆




9 comments:
Baru je baik batuk dan selsema. Lepas tu bila gi surau orang batuk2 dan selsema ni datang balik. Jenuh juga la.
Sedap dim sum.
syok ammar dpt mandi pool tu...lama tk mkn dimsum
teringin nak p cari dimsum juga.. buat juadah berbuka.. kita kan bujang.. mkn dimsum je pun boleh.. hihihi..
dok batuk juga lagi ni, geli2 anak tekak ni
Ha tu la ammar, mandi kolam terus dapat selsema..harap x melarat...rajin Nieza masak2 sekarang...seronok akak tengok
Kami pun spesis macam tu bentang toto depan tv hari cuti memang syok belai mata.
lewatnya nieza masuk tidur! i jenis tidur awal la lebih2 lg ramadan ni...mcm sgt penat dan mengantuk lps terawih
Ezna : Aduhai.terseksa bila batuk & selesema ni sis ;(
Mama Tisya : iya.Suka dia sbb 2 mggu lebih jgk kot tak turun kolam =D
Linda : betul. Mkn dim sum pun boleh kenyang =D
SA : Dia ada ckp hati tu nk stop sekejab pegi kolam sbb selesema ni. Vibe dapur baru. Gitu la sis =D
Cie : kan..kita geng =D
MZ : Kalau esoknya cuti sy berani la tido lewat sis..Kalau hari bekerja tido awal jgk =D
syoknya berenang..
Sharina : Seronok tp lps tu penat =D
Post a Comment