Feb 20, 2026

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 1 RAMADHAN 1447H

As Salam

Menu bersahur semua sepakat nak makan lauk berasaskan telur je. Jam 5.20 pagi bangun untuk sediakan juadah bersahur... Jam 5.40 pagi kejut anak-anak. 6.10 pagi semua dah selesai makan & minum. Rehat sekejab tunggu makanan turun ke perut & azan subuh semua pakat gi mandi, iron baju, iron tudung. Jam 7.15 pagi turun. Lambat sikit hari tu sebab aku jemur kain & bila dah tekan button turun, Hata pulak tertinggal kunci kereta didalam rumah. 😁
Pagi tu kicapnya terpekat & pedas sikit. #hatayangmasak
Telur dadar untuk Ammar & che mek beserta dengan sambal ikan bilis.
Lepas tu aku buat teh o panas.

Habis makan jam 6 pagi aku suruh semua makan kurma. Alhamdulillah pagi tu Ammar cakap kurma yang dia makan tu sedap. Memang la sedap kurma Ajwa tu anakku 😁. Alhamdulillah selama 5 tahun Hata kerja ditempat baru ni, setiap kali menjelang Ramadhan, setiap staff akan dapat 2 jenis kurma. Kurma Ajwa & kurma Safawi / Mariami. Sepaket dalam 250 gram rasaya. Biasanya stock tu memang cukup sampai habis ramadhan. Tapi ramadhan kali ni aku tak pasti sebab Ammar cakap kurma tu sedap. Kebarangkalian cepat habis tu ada. 😁

Hari Khamis waktu balik alhamdulillah takde jammed. Kami sampai kedai mamak Bidayah jam 5.40 petang. Memang takde planning nak masak sebab dah terlepas bertanya dengan Ammar nak berbuka apa 😁. Jadi kami singgah la kedai area rumah lama untuk beli nasi bungkus Ammar sahaja. Sampai rumah, letak barang, Hata turun pegi kedai shawarma tepi secret recipe tu order 3 shawarma ayam.

Lepas tu duk berehat la sekejab. Dan jam 7.15 petang gitu kami pun prepare la juadah berbuka puasa hari pertama kami...
Beli 3, potong 2...Sudahnya aku makan separuh je. Mujur ada Ammar tolong habiskan portion aku 😁😁
Hata dapat 2 bungkus bubur lambok dekat ofis.
Aku makan ni 2 pinggan. Sebab tu kenyang bila time nak makan shawarma.
Dessert dengan buah anggur. Ingatkan manis...
Rupanya masam-masam manis...
Kurma yang kami bawak bekal..
Bawak naik rumah semula untuk dimakan waktu berbuka.

Air pulak kami minum air bergas dalam botol 1.5 liter tu. Nak habiskan baki-baki yang aku beli masa kakak-kakak aku datang. Kalau tak diminum membazir pulak. Hari ni planning nak masak dengan harapan jalan tak jammed macam semalam.

Korang planning masak apa hari ni?

0 comments: