Feb 21, 2026

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 2 RAMADHAN 1447H

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni sebab aku baru habis menyiang ikan kome. Stock up lagi untuk 2 minggu akan datang. Menu bersahur hari kedua berpuasa aku lupa nak snap sebab agak kelam kabut mengejar masa. 

Pagi bangun macam biasa. Cuma hari kedua kami sekeluarga tak makan nasi. Aku & Hata makan homemade burger ayam special, che mek makan nasi dengan kambing perap pak mat western, Ammar makan kambing perap pak mat western sahaja. Acutally kambing perap tu aku dah beli lama. Beli masa tiktok live. Dapat la yang sepaket 400gram tu 3 paket dengan harga RM88.

Aku cakap dengan Hata masak sepaket je sebab risau banyak. Sekali Hata bukak katanya sepaket ada sekeping je. Maka aku pun suruh la Hata bukak lagi sepaket. Bila dah masuk dalam grill pan, eeehhhhh....Ada 2 keping rupanya sepaket. Udah la amik masa sikit nak masak sebab kambing perap tu tengah beku. Itu yang kalut sampai tak sempat nak amik gambar 😁

Apapun alhamdulillah kami sekeluarga daapt bertahan sampa waktu berbuka puasa. Masa nak balik, Hata tanya aku nak berbuka apa? Ada menu yang aku mintak Hata masak. tapi tetibe pulak tekak Hata nak makan dekat sini. Aku pun follow aje la sebab nanti teringat-ingat pulak dia. Sebab dari sebelum puasa lagi Hata ada ajak. Aku je tak nak lagi time tu. Maka sebelum balik Hata pun booking la. Bukan jauh pun dari rumah. Kami pegi jalan kaki je jam 7 petang tu 😆
Hata ajak makan nasi arab kome...
My fevret...Yogurt Cucumber
Fevret sos..Tapi hari tu terasa terlebih pedas pulak.
Combo grill set untuk che mek & Ammar
Nasi ni lauknya half chicken. Waktu sampai kami berdua pandang each other...
Nasi ni pulak lauknya kambing...
Again waktu sampai kami berdua pandang each other jugak...
Sebab banyak sangat portionnya kome.
Ini pinggan aku. Aku try dua-dua jenis nasi. 
Yang sebelah kiri lagi sedap sikit dari yang sebelah kanan.

Sudahnya tak habis pun 2 jenis nasi ni kome. Aku & Hata rasa Hata dah tersilap pilih portion. Terambil portion yang besar sedangkan kami tak makan sebanyak itu. Maka kami bungkus la bawak balik. Makan masa bersahur puasa ke-3. Jam 7.55 malam kami pun gerak balik. Masa on the way che mek nak kunafa ni pulak dekat kedai shawarma nama SHAFI.
Mixed kunafa RM25..
OK la..Aku rasa sesudu je untuk sedia flavor tu sebab dah malam kome.

Begitulah certianya kome. Korang berbuka apa nanti? Aku ada request Hata untuk masak menu kegemaran hari ni. nanti aku share ye. nak berehat jam. Dekat sejam rasanya berdiri mengadap ikan, udang, daging & limpa.😁

0 comments: