As Salam
Semalam pagi masa tengah bersahur tetibe dengar bunyi hujan yang agak lebat. Sampai jam 6.20 pagi hujannya kome. Jadi Hata decided untuk pergi kerja dengan kereta jadi aku kena follow sekali. Masa sampai dekat sekolah che mek, hujan dah renyai-renyai gerimis je. Tapi Hata teruskan jugak pergi kerja dengan kereta sebab risau dekat KL hujan. Makanya sampai awal la aku dekat ofis. Waktu balik kebetulan sampai hampir sama dengan Hata. Jadi Hata tunggu aku sampai dekat LRT Taman Melati & kami balik bersama.
Sampai rumah, letak bag, tukar baju & start la aku bersilat didapur. Semalam menu simple je. Tapi sempat la aku buat 1 lagi extra menu untuk dimakan semasa atau selepas berbuka.😁
Menu simple kami...
Masak lemak putih kobis kimchi, ayam goreng, ikan keli goreng
Homemade roti john versi roti burger.
Sebenarnya aku nampak dalam freezer ade sikit lagi daging kisar. Tengok roti burger masih elok. Terus datang idea nak buat roti john tapi versi roti burger. Mamandangkan semua lauk dah siap masak, maka kita teruskanlah niat tu. Masa 2 pcs aje. Itu pun bawak ke sahur jugak sebab semalam lepas berbuka kalut solat & bersiap untuk hantar che mek ke kelas tuisyen. Lepas tu kami terus ke masjid untuk solat Isyak & berterawih sekali. Habis 8 rakaat jam 9.45 malam. Che mek habis kelas jam 10.30 malam.
Jadi sementara tunggu che mek tu, Hata ajak moreh dekat kedai mamak bidayah. Hata amik roti kosong banjir, Ammar ambil roti telur & seketul ayam goreng. Air Ammar air masak. AKu tak order apa-apa sebab masih kenyang. Sahur pagi tadi kita kena panaskan lauk sebab masih ada baki walaupun dah sikit. Kebetulan pulak pagi tadi che mek cakap nak bersahur dengan cornflakes je. Ammar makan nasi separuh, lepas tu makan cornflakes jugak.
Lauk bersahur tambah ikan rebus goreng seekor.
Balik keje petang ni aku mintak Hata masakkan nasi goreng je untuk kami berdua sebab masa bersahur tadi che mek & Ammar cakap nak berbuka nasi kandaq. Sudahhhh....
Alhamdulillah pagi tadi cuaca elok ada cerahnya. Jadi kami pergi kerja naik motor masing-masing. Aku keluar dari rumah jam 7.40 pagi. Memang sengaja keluar lewat sebab nak sampai ofis ngam-ngam atau awal 5-10 minit sebelum jam 8.30 pagi. Bukan boleh breakfast pun kalau sampai awal. 😀. Tapi LRT pulak buat hal lagi. Aku dengar announcer bagitahu yang tren akan berhenti lama dekat setiap stesen. Mujur la masa lepas stesen Wangsa Maju tu tren gerak macam biasa semula. Cuma berhimpit la sebab yang effected sebelum aku sampai ada yang tak dapat naik tren lagi.Alhamdulillah walaupun keadaan begitu, aku tetap dapat sampai ofis on time jam 8.30 pagi 😁
Korang nak masak apa berbuka nanti?




0 comments:
Post a Comment