As Salam
Hari Sabtu tu memang takde planning nak kemana-mana sebab aku dah set aku nak clearkan kain. Nak lipat sebab dah start bertimbun. Hata buatkan breakfast wrapped lagi 😆. Lepas tu aku mulakan la misi melipat kain aku. Sorting jugak baju kurung yang dah lama tak pakai & ingat nak sedekah dekat sapa-sapa yang nak.
Lepas tu dalam jam 1.30 petang dah masa aku & Hata tengah berkira-kira nak masak apa untuk lunch, tetibe che mek request nak keluar jalan-jalan. Aduhai...Malas betul nak layan permintaan che mek ni... Tapi layan jugak la. Sudahnya pukul 2 petang aku & Hata decided pegi ke SOGO. Planning duk dalam satu building tu je tak gi mana-mana. Sambil tu boleh cari baju raya & kasut raya & mungkin jugak handbag raya. Sebab next week memang planning nak cari kelengkapan raya jugak. Kalau dapat beli sikit hari ni, harapnya dapat la save masa sikit masa tu nanti.
Maka jam 3 petang baru kami keluar rumah. Planning nak parking kereta dekat tempat biasa. Jalan kaki sikit je nak sampai ke SOGO or else parking dalam pertama kompleks je. Sekali apoooooooo...Dekat stesen monorel Chow Kit tu JPJ buat sekatan jalan raya. Dia tutup jalan nak gi straigt lepas tu lencongan entah kemana. Macam tak boleh masuk area nak ke SOGO tu. Waze bawak jalan lain pun, jalan tu tutup jugak. Sudahnya aku ajak Hata parking kereta dekat stesen LRT Kampung Baru. Beli token terus ke stesen Bandaraya sebab aku memang tak bawak kad TnG sebab tukar handbag.
Rasanya macam 1st time kami naik LRT dekat stesen Kampung baru ni...
Ayah & his son 💜
Hata masih kena pakai spek mata pada sesetengah situasi sejak buat lasik hari tu...Sebab kadang-kadang Hata cakap mata dia cepat kering.
Sampai SOGO kami ke level 7 dulu mencari makan...
Sebab memasing belum lunch.
Dah dapat meja, aku, che mek & Ammar pegi beli makanan dulu..Kami order western food. Tapi gambar lupa nak snap. Lepas tu akuorder crispy popiah ni..Dah lama tak makan. Hata amik nasi campur. Lepas tu kami order air manis. Kami makan relax-relax je sebab memang takde nak rushing-rushing. Lepas makan selesaikan apa yang patut then baru kita start shopping.
Dimulakan dengan shopping baju & seluar raya Ammar dekat event hall. Lepas tu ke level lelaki. Hata dapat grab his new sandal for raya. Lepas tu ke level ladies pulak Che mek jumpa kasut raya dia. Handbag raya che mek nak macam handbag raya yang aku dah beli advance. Last-last aku cakap aku order handbag yang sama macam aku aje la. Terus tengok dekat shopee & dapat harga lagi murah dari yang aku beli mula-mula. Terus check out.
Lepas dah selesai semua tu kami pun balik la kome. Udah malam. Untuk dinner kami ke Q bistro je. Makan biasa-biasa je. Apa yang kami dapat grab dalam SOGO?
Sandal raya Hata...
Sandal raya Hata, asut raya che mek, 1 helai t'shirt berkolar Ammar yang kami kena amik size S dewasa & 2 helai seluar khakis & jeans untuk Ammar jugak.
2 helai kemeja raya Hata. Yang kelabu ni rasanya boleh pakai pegi ofis.
Aku dapat sehela seluar kerja warna dark blue..
2 helai kemeja untuk pakai pegi kerja.
Kemeja hitam aku ni bawah dia ade corak gini...
Lepas tu baru perasan ade nama Jovian Mandagie dekat kemeja ni...
Mungkin brand ni ada collaborate dengan designer ni kot.
Alhamdulillah selesai beberapa perkara untuk persiapan hari raya. In Shaa Allah hujung minggu ni kita fokus cari baju raya masing-masing pulak. Aku pun tak jumpa lagi kasut raya. Ntah kasut raya macamana pulak aku nak pakai tahun ni. Rasa macam nak paka kasut raya jenis wedges. Tapi susah nak cari wedges yang menarik dimata aku masa dekat SOGO hari tu. Padahal segala mak nenek design ada dekat sana. Adakah kena pegi Mitsui lagi???😆
Korang dah ada yang start buat persiapan raya sebelum mula puasa nanti?









2 comments:
setakat hari ni, semua dah setel, lagipun, kitorang selalu pakai baju apa yang ada je.. hihihi...baju raya pertama je kena cari..raya kedua tiga, pakai apa ada je...kalau beli baju tshirt dengan seluar lawa2 pun, anak2 tak pakai.. hahaha...jadi, malas nak bazir2 dah
lawa kemeja batik tu! i dh beli my baju raya, kasut raya rasanya pakai yg mana ada ajer :p sbb kasut yg beli utk pakai gi mana2 wedding tu, ngam jer buat raya
Post a Comment