Mar 15, 2026

DUIT DAH MASUK SAMPUL RAYA

As Salam

Alhamdulillah dah selesai proses tukar duit, asingkan duit & ,masukkan duit raya dalam sampul. Tahun ni aku & Hata buat keputusan tukar duit kepada 3 jenis note sahaja. Iaitu RM1, RM5 & RM10. So RM50 & RM20 takde tukar. Yang RM5 tukar sikit je. Aku tak nak pening-pening. Kita bagi mana yang termampu je. Siapa yang akan dapat duit raya dari aku & Hata nanti? Kita tunggu dipagi raya ye? 😁
Asingkan siap-siap untuk mereka yang aku & Hata setuju nak bagi.
OK. Dah siap.

Ada untuk kids, my maksu ,paksu, anak sedara, cucu sedara & untuk kakak-kakak aku. Sebab rasanya tahun lepas tak bagi pada mereka. Aku jugak dah belikan sedikit goodie bag untuk mereka tapi kena tambah lagi 1 set sebab kakak aku yang dekat Johor katanya balik beraya dekat kampung jugak tahun ni.

Ok la tu.At least kita kongsi rezeki kan? Untuk kids yang datang beraya ke rumah kami dekat kampung & kids yang ada dekat rumah sedara yang kami datang melawat pun dah siap masuk dalam sampul. Cuma duit raya untuk tetamu yang mungkin datang ke rumah kami je belum isi lagi. Sebab kami balik KL semula pun selepas beberapa hari di hari raya. Jadi masih ada masa nak prepare duit raya tu.

Korang dah prepare semua? Aku & Hata memang dah terbiasa sejak 17 tahun lepas untuk prepare duit raya siap-siap dari rumah kami sendiri sebelum balik kampung Perak / Kelantan. Senang. Melainkan kalau betul-betul tak sempat. Waktu tu memang hangkut duit raya & sampul balik kampung.

Seronok pulak tengok sampul raya tahun ni. 😁

0 comments: