Mar 8, 2026

MENU BERSAHUR & BERBUKA : 17 RAMADAN 1447H

As Salam

Semalam kami berbuka simple je. Sebab lauk kari masih ade baki. Sebab ade planning nak bermoreh dalam jam 9 malam. Dekat je tempatnya. Yang ini nanti aku cerita ye.
Ini menu bersahur kami pagi tadi. Simple tapi mengenyangkan.
2nd meal untuk kids is as usual. Cornflakes & susu.
Panaskan gulai kari yang ayamnya tinggal 2 ketul..
Lepas tu aku tumis sayur yang sama macam semalam as per request by Hata.
Lepas tu aku goreng ayam.
Buah tu aku perabihkan apa yang ada.

Alhamdulillah dah masuk 18 ramadan hari ni. Tinggal 12 hari sahaja lagi kita dibulan yang mulia ni. Tadi dalam jam 10.30 pagi kami ke area spectrum mall sebab nak cari baju raya che mek yang kedua. Tak jadi beli online sebab aku nak perkara ni settle cepat so that aku boleh fokus dengan menjahit.

Alhamdulillah jam 1.30 tengahari dah sampai rumah semula selepas singgah sekejab dekat AEON Big sekali lagi sebab che mek nak beli serkup kepala & inner tangan.

Hari ni kome berbuka apa? Hari ni kami berbuka special sikit. Rezeki tak disangka-sangka. Ini nanti aku cerita ye. Nak teruskan misi menjahit sekejab. Aku nak siapkan mana yang sempat sebelum bergerak ke tempat iftar lepas Asar nanti.





8 comments:

Mama Zharfan said...

wahh best tu nieza iftar kat luar hari ni. MZ nak masak simple2 jer ari ni

Suria Amanda said...

Selamat beriftar di luar Nieza....

Roziah @ Cie said...

Masak mi goreng je hari ni.

mama tisya said...

menu sardin tkde masak lg

Lydia said...

sahur walau kata simple tapi ia lambang cinta dan kasih seorang isteri/ibu. bukan semua orang rajin bangun siapkan juadah sahur dan berbuka . good job nieza

adnil linda said...

linda tak pernah masak kobis panjang tu

aizamia3 said...

Bila sebut pasal baju raya, baju raya anak bujangku tak beli lagi, Kena tunggu dia balik, baru boleh cari, takut tersalah size.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Tumis sayur dan ayam goreng 😍😍😍.. ok jadi referensi saya utk sahur esok lah 🤩