Mar 10, 2026

MODEH DI DAPUR MEK

As Salam

Hari Jumaat lepas rasanya jam 9 malam aku ajak Hata pegi moreh. Actually aku tak tau nak moreh apa & dimana. Tapi rasa nak keluar dari rumah malam tu. Jadi Hata bagi idea kami moreh colek dekat Dapur Mek dekat Platinum Walk sebelah Setapak Central tu. Masa sampai memang jammed nak masuk area Platinum Walk tu. Tapi bila dah masuk bawah area parking, ade je parking yang masih banyak kosong.
Puas hati walaupun takde perut titab.
Aku amik 2 ekor udang galah ni. Seekor baru RM7 - MURAH

Untuk air, aku & Ammar bawak air masak je dari rumah. Hata & Che mek amik teh o ais. So far pada aku colek ni LULUS. Sos dia memang dah nak sama dengan colek dekat KB. Harga pun berpatutan. Paru tu 2 pcs RM1.00. Kalau tempat lain main letak dalam mangkuk kecek charge sampai RM5-RM8. Total makanan ni hanya RM45 je. PAda aku memang berbaloi la sebab kami amik banyak jugak.

Puas hati dapat makan sebab masa balik KB hari tu tak sempat nak pegi beli / buat sendiri. Kepenatan & kekangan masa. Jadi korang yang nak bermoreh colek yang dah nak sama dengan colek dekat Kelantan, bolah la pegi sini. Kedai ni ada 2 site. Sebarang sini & seberang sana. Seberang sini untuk menu nasi, seberang sana untuk colek & air. Kalau alik colek dah penuh meja, boleh bawak colek ke alik kedai yang jual nasi.

Next time boleh repeat lagi ni ...
Korang dah pernah pergi sini?

4 comments:

Mama Zharfan said...

sedapnya colek! rege sgt ok tuuu

mama tisya said...

menu kita arini sama la psl colek...yg dapur mek tk pernh try lg

Puan Hazel said...

Teringin nak try colek ni ... Dekat Sri Gombak ni macam nampak ada kedai jual colek. Tunggu weekend la hehe

Suria Amanda said...

Dah 2 orang up pasal colek ni...dapnyaaa