Mar 17, 2026

SEWING PROJECT : SAMPIN INSTANT AMMAR

As Salam

Hari Ahad lepas berbuka kami takde apa-apa aktiviti. Aku pulak baru teringat yang sampin Ammar masih belum berjahit untuk di-transform jadi sampin instant. Aku tak pernah jahit sampin instant. Mujur la Hata ada beli sampin baru dekat SOGO masa sebelum puasa hari tu. Jadi aku follow sampin Hata as reference. Tak susah & tak senang sebab kena amik ukur lilit pinggul Ammar. Lepas tu comfirm kena amik ukuran labuh sampin. Dan nak kena tahu jugak nak set velcro dekat bahagian mana.

Kain tu kami beli dekat kedai nama HARISON dekat simpang depan SOGO tu. Hari tu mereka ada buat closing SALE.
Kami pilih warna universal supaya boleh match dengan mana-mana baju melayu yang akan datang.
Inilah hasilnya setelah hampir 4 jam aku mengadap kain sampin ni.

Velcro tu seeloknya warna hitam la ikut warna tanah kain. Tapi stock aku pulak takde. Jadi kita pakai aje la apa yang ada. Kalau ada stock pun yang 1 inch. Risau tak cukup kukuh nak grab lepas lilit. 

Alhamdulillah. 1 lagi sewing project aku menjadi. 1st time jugak ni aku menjahit sampin instant. Ok la kan? Asal boleh lekat dekat pinggang Ammar cukup la..😆

Sampin anak / big bos korang macamane pulak? Beli siap yang manual atau instant macam ni jugak?