As Salam
Alhamdulillah semalam adalah dalam sejarah apabila perjalanan pulang kami berjalan dengan lancar. Seawal jam 5.45 pagi aku dah bangun tido. Kejutkan Hata & terus turun kebawah untuk masak dim sum & pau yang aku beli dekat kedai ECO/ Aku masak untuk bawak bekal dalam makan dalam perjalanan pulang. Isi air dalam tumbler & bag-bag pun kami dah kemas sejak malam lagi. Jadi pagi semalam Hata hanya perlu susun dalam kereta.
Perjalanan tak clear sebab memang banyak kereta. Tapi alhamdulillah kereta semua drive 80 km/j jadi takde la stuck sampai kena berenti. Ada lori tapi tak banyak. Ade je kereta slow. Tapi setiap yang slow tu kami jumpa dekat dah nak sampai jalan yang ada lorong memotong. Jadi memang amik peluang untuk potong untuk bagi perjalanan kami ni cepat sikit. Berenti sekejab untuk ke toilet lepas tu teruskan perjalanan. Alhamdulillah tengah hari dah sampai rumah.
Dim sum dari kedai ECO. Layan isi perut sampai ke rumah.
Aku masak pau mini dari kedai yang sama jugak.
Lepas tol Karak nampak kereta dah macam ni. Hati dah tak sedap. TApi syukur sebab walaupun beratur macam ni, tapi bergerak & akhirnya lancar sampai ke rumah.
Jam 3.40 petang kami ke area rumah CT Nurhaliza. Sebab classmate Ammar ada buat openhouse. Jadi Ammar excited la nak pegi. Mujur la sempat sampai rumah ye kome. Kalau tidak sedih la Ammar tak dapat pegi beraya dekat rumah classmate dia.
Alhamdulillah perjalanan semalam sangat clear. Hanya amik masa 6.5 jam termasuk berenti pegi toilet & isi minyak kereta. Sempat la solat Jumaat dekat area rumah walaupun agak kelam kabut sikit. Aku tolong load barang dari kereta naik ke rumah. Jarang sekali ye nak dapat tempoh perjalanan sependek ini waktu bali kdari kelantan. Kalau terlalu santai mau jam 4 petang baru sampai. Waktu tu mungkin traffic pun dah mula bertambah sebab mungkin ada yang gerak selepas solat Jumaat.
Lepas hantar Ammar, kami ke AEON AU2 isi perut sebab hanya makan dim sum, pau & jajan je dalam kereta. Kami makan dekat food court tu je. Lepas tu kami ke mr.DIY cari barang sikit. Lepas tu balik rumah. Ingatkan lepas maghrib nak pegi amik Ammar, jadi Hata message la dalam group family kami 4 beranak tentang waktu nak amik Ammar tu. Sekali Ammar cakap ayah kawannya mintak kami ambil Ammar jam 8.30 malam. Amboi anak sorang ni. Sekali dapat keluar memang lama ye. Mujur duduk dalam rumah je tak gi jalan mana-mana.
Lepas amik Ammar singgah speedmart beli roti untuk hari ni. Waktu tu hujan lebat. Mujur masa sampai rumah hujan dah berenti. Sejuk sikit la rumah kami malam tadi. MAsa sampai tu rasa panas jugak sebab aku bukak sikit langsir bagi cahaya masuk sikit ke dalam rumah. Idak la gelap je sepanjang kami balik kampung.
Area rumah korang hujan tak semalam?



0 comments:
Post a Comment