Apr 6, 2026

LANGSIR BARU

As Salam
Lambat sikit bersiaran hari ni. Hari Jumaat waktu lunch hour aku pegi Mr.DIY beli langsir siap jahit dekat sana. Mujur la aku beli size yang betul 140 x 260. Sedang elok je labuh langsir tu dengan sliding door bilik aku. Cuma warna je tak cukup. Aku beli 3 pcs. 2 warna sama, 1 warna lain. Tapi bila mix & match gitu nampak macam ok pulak 😆.
Alhamdulillah dah berjaya buang langsir dekat luar area master bedroom ni.
Semak mata aku tengok keadaan gini.Tapi tak boleh nak buat apa sebab tukang drill lubang baru untuk rod langsir lambat respon & aku pun tak cukup masa nak mengadap kain langsir.
3 pcs langsir yang berjaya aku grab dari Mr.DIY.
OK la warna mix & match ni. Nanti aku akan jahit langsir yang sebenarnya untuk bilik ni.Boleh la buat tukar-tukar nanti.
Gigih Hata lekat hook dekat aircond ni..
Nak letak pewangi ni ha..Dia nak rumah ada bau sepanjang tetamu ada nanti.

Alhamdulillah part bilik tidur Ammar pun kami dah relocationkan semula katil & dah bawak masuk almari baju AMmar. Ammar suka view baru bilik tidur dia.

Korang biasa letak pewangi apa nak bagi rumah wangi je?

0 comments: