Apr 6, 2026

MINI OPEN HOUSE DAY 1

As Salam

Alhamdulillah selesai majlis mini open house yang aku & Hata buat Sabtu & Ahad. Aku tak dapat nak ajak kawan-kawan blogger yang lain sebab ini hanya mini je. In Shaa Allah ada rezeki lebih nanti kita buat ye. Hari Jumaat Hata dapat WFA. Jadi lepas kami bersarapan hari Jumaat tu Hata terus pegi beli bahan. Aku balik kerja kami dah start sikit-sikit sediakan bahan yang boleh dimasak awal. Jam 10 malam aku dah start masak bahagian aku. Jam 11 malam Hata start masak bahagian dia.

Kami masak simple je. Menu kami ayam masak rose, daging dendeng/masak hitam & acar timun+nenas+carrot+cili merah besar, spaghetti carbonara, bolognese dan beli sikit kuih. Gambar makanan betul-betul lupa nak amik gambar. Sebab majlis mula jam 2 petang. Jam 1.30 petang baru aku dapat mandi semula, solat Zohor siap-siap & bersiap. By 2.20 petang tetamu dah mula datang.

Aku pun tak ajak ramai. Ajak sorang ex-housemate masa belajar, sorang ex-ofismate masa keje dekat Menara Citibank. Lepas tu kak ipar yang dekat Kajang sefamily, abang ipar yang kebetulan ada dekat KL, kawan cosplay 5 orang & ofismate Hata 5 orang kalau tak silap aku. Ammar & che mek ada ajak kawan kelas masing-masing dalam sorang dua.
Wife dari salah seorang kawan cosplay yang kami jemput datang bawakkan dessert ni untuk kami.Husband & wife keje dekat hospital Selayang
Ex-housemate. Husband & wife adalah classmate aku.
Kiranya relationship mereka sama dengan relationship aku & Hata.
Masa mula-mula kenal Hata, memang kawan perempuan ni la yang selalu ada dengan aku.Aku pernah la tidur rumah dia dekat Taman Kosas, Ampang tu.
Terima kasih sudi datang. Rumah dia dekat Ulu Langat.
Around 20 minutes je nak sampai ke Genting Highlands 😁
Tak sangka dah 26 tahun kami berkawan.
My ex-ofismate masa dekat ofis Menara Citibank. Sekarang ofis ni dah pindah dekat Kota Damansara.Sebab tu aku berenti kerja dari company ni. Jauh sangat nak ke tempat kerja.Alhamdulilah kami kenal sejak tahun 2013.
Waktu ni kawan ni rushing sikit sebab lepas tu dia kena hantar anak dia training hoki dekat jalan Duta tu.
Kawan cosplay. Kebetulan dia memang nak jalan-jalan ke KL.
Jadi aku ajak la sekali.
Kawan cosplay yang kami kenal sejak tahun 2019-2020. 
Almost 7 - 8 years jugak berkawan.
Yang depan sekali selalu cosplay as kylo ren, yang baju coklat selalu cosplay as superman, Hata macam-macam character, belakang Hata, cosplay as kamen rider gred AAAA...Setiap suit dia semua above RM5K & yang husband & wife tu cosplay macam-macam character jugak.

Alhamdulillah sampai jugak mereka ke rumah kami. Guard pun senang je nak bagi parking dekat dalam area rumah. Mungkin waktu tu slot untuk visitor parking masih banyak yang kosong.

Dari jam 2.20 petang sampai jam 7.30 petang baru 100% rumah ni tinggal kami 4 beranak je. 😀. Malam tu jugak aku kemas & basuh segala periuk belanga, simpan makanan yang memang aku dah asingkan untuk mini open house ke-2 (Ahad).

Alhamdulillah..Selesai day 1. 😁
Ada sesiapa buat open house hari Sabtu Ahad hari tu?
This weekend ada buat tak? 😁

0 comments: