As Salam
Hari Jumaat lepas kan aku ada cerita yang aku ada mengopi dekat mynews dekat ofis sementara tunggu ofismate yang paling awal datang untuk bukak pintu ofis? Rupanya desptach datang lagi awal. Despatch tu sampai jam 7.30 pagi. Aku pulak tak tahu dia datang seawal itu. Jadi aku tinggalkan bag yang penuh dengan makanan depan pintu ofis. Masa budak despatch tu sampai dia la yang tolong bawak masuk ofis.
Back to the tajuk entry. Masa minum tu aku ada buat w/apps status gambar cup air aku. Lepas tu aku tak ingat jam berapa tetibe aku dapat reply message dari status yang aku buat. She is 1 of the students yang amik sama course kelas menjahit dengan aku lebih kurang 4 tahun lepas.
Mula-mula she said hai, then tanya aku kerja mana, bila aku reply she replied me cakap bestnya masih kerja tempat sama...Suddenly she asked me about a vacancy dekat ofis ni. Aduhai...Ini yang aku syak dari awal dia message aku. Sebelum ni tak pernah pulak nak bertanya khabar. Pernah masa dalam kelas mereka macam pakat-pakat kenakan aku dalam nada bergurau bila aku tak dapat jawab 1 soalan random tentang menjahit sebab waktu tu aku skip kelas atas hal lain. Memasing tak tolong aku untuk bagi jawapan yang aku memang tak tahu. Waktu ni aku memang tak rapat dengan semua dalam kelas tu sebab jarang jumpa (aku banyak hari jugak skip kelas 😆) dan dalam kelas memang bawak hal memasing waktu belajar & waktu cikgu mengajar.
Moment tu memang aku tak boleh lupa. Tapi aku mengaku je yang aku tak datang kelas. Sebab tu aku tak tahu jawapan. Last-last cikgu bagi jawapan. Alhamdulillah aku dapat ilmu baru dari kelas yang aku skip. Dieorang??? Entah la..Lepas convo memang aku terus tak contact dieorang. Bukan apa. Aku tak nak berbaik dengan orang-orang macam ni. Nanti kita makan hati.Sekarang tetibe one of them nak tanya tentang kerja kosong pulak???
Kenapa tak teruskan menjahit sebab mereka kan SETIAP HARI DATANG KELAS? Sepatutnya mesti lagi TEROR dari aku kan??? Inilah kehidupan kan??? Hari tu orang nampak aku & Hata ni macam berduit sampai nak meminjam. Sekarang nampak aku up air kopi dengan caption tunggu ofis bukak..Udah ada yang lama tak bertanya khabar nak tanya tentang kerja kosong pulak. Aku pun cari kerja atas usaha sendiri. Why not you pun buat perkara yang sama??? USAHA SENDIRI dari mengharap pertolongan dari student yang selalu SKIP KELAS? Kenapa tak tanya student lain yang datang kelas setiap hari???
Aku jawab sekarang ofis aku memang takde bukak apa-apa vacancy sebab setiap department dah ada secretary memasing. Alhamdulillah sejak tahun 2022, hanya 2 orang je yang bertukar iaitu pengganti akak Admin yang pencen (2024) & pengganti budak akaun (March 2025 kalau tak silap). Sejak tu takde lagi staff yang keluar dari ofis ni. Jadi memang tiada kekosongan.
Kadang "kifarah" tu memang ada. Aku bukan berdendam. Tapi kita kena sedar & fikir dulu apa yang kita nak buat sebelum dizahirkan. Kenapa dari tahun 2022 sampai sekarang dia masih mencari kerja??? Tetibe aku teringat yang pada tahun 2023-2024 dia ada message aku dengan soalan yang sama. Kenapa tak fokus menjahit kalau masih tak dapat kerja tetap? Takkan 4 tahun mencari kerja sedangkan dia ada kemahiran yang LEBIH dari aku.
Ambil upah menjahit memang masyuk. Aku je yang tak boleh nak fokus sebab tu aku terus kerja makan gaji & buat kerja menjahit as part time sebab masih tiada keyakinan diri untuk ambil upah menjahit yang extreme. Sebab aku more on jahit craft. Bukan menjahit baju. Amik kelas dulu sebab nak improve skill menjahit costume & ade la try-try amik upah menjahit baju kurung ofismate Hata. Tapi lepas tu rasa macam tak yakin. Harap-harap keyakinan tu kembali. 😁
Terlebih meluah pulak ye hari minggu ni. Tapi itu la nak ceritanya. Dugaan bulan Ramadhan & Syawal buat aku & Hata. Semoga Allah bagi yang lebih baik & bagi apa yang sebenarnya kami perlukan dimasa akan datang. Amin.

9 comments:
Memang kena elak dari manusia toksik macam tu. Hati kita pun tenang je. Bukan sombong kan cuma nak jaga hati sendiri je.
memang masyuk kalau betul2 all out utk menjahit sbb upah utk jahit sepasang baju..average RM100 and above laaa..tgk design baju
dia mesti tak ingat dah moment yg nieza simpan sampai sekrg tu..sbb gelakkan org memang lah seronok..org yg digelakkan tu yg menahan rasa....so MZ faham sgt perasaan nieza...so elok dh tu nieza reply tak de keje kosong!
Kdg² rasa macam, apesal lepas SPM dulu tak ambik jahitan je..hahaha..sekarang ni, saja² nak belajar..memang malas dah.. hahaha
Semoga semuanya baik baik sahaja untuk akak sekeluarga. Mesti terasa dengan insiden lama yg berlalu. Jadikan sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita.
Sabor je la :(
Akak kan Nieza mana yang negative vibes tu akak blocked aje..x kisah la adik beradik ke, sepupu ke..kawan opis or kawan sekolah...malas nak pening..sekarang zaman hidup nak tenang2 aje
Dari cerita ini saya hrs remind diri saya juga, jangan sampai ada menyakiti teman. Sebab memang kdg hal itu yg membuat rezeki kita JD susah nak datang.
Agree kak nieza, sebenarnya kalau mau berusaha, pasti ada usaha yg bisa dilakukan. Tak harus kerja makan gaji . Bisa juga membuka jasa jahit apalagi ada skill jahit yg bagus.
Cie : Betul tu Cie. At this age nk tenang-tenang je =D
MZ : kan...Tp sy je yg M sikit. itu la tu sis. Kita ni dari dah lupa & rawat luka sendiri..Ttibe berdarah Kembali..Gitewww =D
Linda : Belajar basic pun ok dah..Mesin pun beli yang basic utk starting...Percayalah..menjahit ni bile dating mood dia, mmg seronok =D
Cuya : Amin.Thx dear =D
PH : Giotew la sis...Kita nk tenang2 aje =D
SA : Betul tu sis.Skrg masa utk brtenang2 je =D
Fanny : Sama la. Sy pun tgh berusaha untuk jaga percakapan sy supaya org lain tak terasa =D
Post a Comment