May 29, 2026

COSPLAY EVENT YANG POPULAR

As Salam

Biasa event-event cosplay macam ni both activities pun ada - cosplay & display. Kebiasaannya event organizer akan bagi free atau jual booth / table pada yang mereka kenal / rapat untuk meriahkan suasana. Outsider yang nak join the booth / table pun boleh cuma kena contact event organiser untuk dapatkan meja / booth tu.

Cuma depend event tu besar ke kecik. Dan harga sewa booth / tapak / meja memang akan berbeza mengikut jenis event. Macam event dekat Lalaport ni aku tak sure harga sewanya berapa sebab kawan kami yang kami pegi melawat ni dia dapat free untuk display, jual merchandise yang dia ada dan dalam masa yang sama dia cosplay jugak untuk support this event.

Event dekat Lalaport ni pada kami event yang kecik je sebab coverage area tak besar & tak banyak booth yang terlibat. Lepas tu event ni pulak hanya fokus on TOKU a.k.a KAMEN RIDER. Jadi memang tak ramai la yang ada costume Kamen Rider ni. Jadi cosplayer pun tak ramai la yang datang dengan costume Kamen Rider full suit. Mungkin ada jugak cosplayer yang takde complete costume, datang dengan character sebelum jadi Kamen Rider. Haaaa..Gitu...

Event yang besar biasanya macam : 

Comic Fiesta - Under CF itself, 
Anime Fest - under Comia Fiesta, 
Cos-Mic - Selalu buat dekat Sunway Pyramid.
Animangaki - Memang banyak tahun buat dekat The Mines
Nijigen - Biasa buat dekat Mid Valley
Nihon Matsuri - Biasa tawarkan hadiah yang besar-besar & hari tu buat dekat Bukit Jalil
ACG Universe - Yang aku pernah dapat jadi champion masa masuk competition dengan character & story Maleficient buat dekat Cheras Leasure Mall kalau tak silap.

Dan event-event cosplay yang lain. Biasanya event yang besar-besar ni ada bayaran yang perlu untuk masuk ke dalam event hall mereka. Terutamanya macam Comic Fiesta, Animangaki & Nijigen. harga tiket pun tak mahal & tak murah jugak. Tapi berbaloi untuk kejar merchandise yang dieorang aim.

Masa aku jadi volunteer dekat Comic Fiesta 2022 dulu, salah seorang volunteer ni spend sampai RM500.00 shopping macam-macam merchandise dekat booth-booth yang ada dalam hall Comic Fiesta ni. Jadi korang rasa berbaloi ke idak bayar harga ticket RM50.00 untuk dapatkan macam-macam merchandise dengan total harga RM500.00 tu? Bagi yang minat mengumpul ni memang mereka akan puas hati la.

Macam aku dulu beli 2 biji bantal Tanjiro kamado untuk che mek dan Ammar pada hari terakhir Comic Fiesta & waktu tu dah jam 6.30 petang. Event tamat jam 7 malam. Aku dapat beli bantal tu dengan separuh harga sebab vendor tak nak bawak balik banyak barang selepas event tamat. Jadi mungkin itulah yang dikejar oleh mereka-mereka yang suka mengumpul ni. Ada yang pegi day 1 untuk dapatkan apa-apa yang hot selling sebelum habis stock & ada yang tunggu sampai end of the day untuk dapatkan diskaun - macam aku 😆

Jadi itulah kesimpulan dari soalan kak PH. Majority cosplay event mesti akan ada cosplayer yang datang. Bezanya cosplay event tu ada tema atau tidak. Kalau ada tema yang bukan anime biasanya kurang sikit cosplayer. Kalau cosplay event yang open / umum ditambah pula dengan event yang well known & mungkin event tu free, memang ramai la cosplayer yang datang.

Macam aku & Hata biasanya untuk pass yang berbayar ni ,kami sanggup bayar untuk event Comic Fiesta je. Yang lain dulu-dulu masuk event hall dengan ticket contestants. Sejak-sejak dah slowdowm masuk competition ditambah dengan Hata selalu outstation, memang jarang dah kami pegi cosplay event.

Jadi korang yang nak try pegi cosplay event, nak rasa meriahnya dengan cosplayer-cosplayer yang bermacam-macam character & costume, boleh la pilih untuk pegi antara cosplay event yang besar-besar macam senarai diatas...

2 comments:

Mama Zharfan said...

ooo ok. now i know ;) yg penting, hobi dan minat masing2 kan!! asalkan happy gitu!!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Dulu mall dekat rumah saya rutin adakan cosplay begini. Krn teman saya yg cosplayer sering ikutan, jadi tahu. Tp dah 2 tahun ini mereka jadi pindah ke mall yg lebih besar utk mengadakan cosplay. JD saya makin jarang utk datang lagi 😅. Tp kalau DTG pun biasanya memang utk support teman saja