May 14, 2026

BEZA ORANG KEDEKUT & SAYANG DUIT

As Salam

Korang dapat bezakan tak antara orang yang kedekut dengan orang yang sayang duit dia sebab dia fikir dia dah berusaha keras untuk dapatkan / untuk kumpulkan sejumlah wang yang dia ada waktu tu?

Aku tak sure orang yang kita nampak kedekut ni sebenarnya "mungkin" dalam kepala dia, dia fikir dia dah berusaha keras untuk dapatkan / untuk kumpulkan duit tu. Jadi kenapa dia nak simply belanja orang lain? Belanjalah untuk diri sendiri sahaja tau simpan untuk masa depan.Kita nampak dia kedekut...Tapi pada dia, dia tak nak guna duit tu untuk orang lain selain dari diri sendiri sebab dia yang berusaha untuk dapatkannya. Mungkin dia akan belanja jugak orang lain. Tapi select.

Orang yang sayang duit ni pulak kita nampak dia macam kedekut, tapi sekali dia membeli untuk diri sendiri, nahhh..Harga barang tu boleh tahan jugak. Sekali dia belanja orang lain. Pun macam meriah je tengok.

Jadi aku saje la tanya dekat Google Ai Mode...Ini jawapan yang aku dapat.

Apa pendapat korang?

Aku tak sure kenapa aku up entry tentang ini. Tapi ini yang terlintas dikepala aku sekarang. 

Kenapa kita panggil seseorang tu kedekut sedangkan kita tak tau usaha dia untuk sampai ke tahap dia sekarang?

Kenapa kita panggil orang tu sayang duit sedangkan sekali dia membeli barang, harganya mungkin pada fikiran kita diluar kemampuan dia yang kita nampak?

Korang bincangkan jugak ye?
Korang rasa korang tergolong tak dalam mana-mana kategori diatas?

7 comments:

Ezna Khalili said...

Ok je Nieza up entry ni....harap2 kita tak jadi 'kedekut' la macam Haji Bakhil citer P Ramlee....hehehe

uncle gedek said...

Kalau lebih teruk.... Haji Bakhil!

Mama Zharfan said...

i tak suka label or judge org as kedekut because everyone has right how and where to spend their money...even if kedekut pun, so what? biarlah duit dia kan hahahha kedekut tu boleh jer kita POV dari sudut positif ie kedekut tu mcm jimat2 lah jugak or pilih2 jer nak spend utk apa

Suria Amanda said...

Orang yang sayang duit ni selalunya dia sangat menghargai titik peluh sendiri. Dia bukan tak nak berbelanja, tapi dia sangat memilih sebab dia nak pastikan setiap duit yang keluar tu betul-betul berbaloi macam yang Nieza cakap, sekali dia beli untuk diri sendiri atau belanja orang, terus yang berkualiti dan meriah! Itu tandanya dia menghargai kualiti kan..macam Kak SA plak jenis x berkira especially bab makan..semoga kita semua dijauhkan daripada sifat bakhil tapi dalam masa sama tetap bijak menguruskan kewangan.

notie said...

Kadang mereka sayang duit nak keluar kan. Tempat kerja lama akak gaji besar tapi kedekut nak belanja staf makan tapi yg selalu belanja makan ada lah golongan sokongan. Mula2 tak perasan tapi Lama2 eh tak kan le belanja tak sampai ratus pun yg gaji kecil ni belanja. Tapi bila org lain belanja lajuje. Emmmm

Cuya said...

Cuya jenis tak kisah nak berbelanja. Cuya yakin, dalam rezeki Cuya ada juga rezeki orang lain. The more you give, the more you get.
Orang kedekut ni mungkin jenis berkira juga tapi mesti dia ada valid reason kenapa dia jadi gitu kan. Tapi rugi lah jadi org kedekut. Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat buruk yg membinasakan.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kedekut atau kikir itu, biasanya untuk diri sendiri pun dia tak nak beli yg bagus. JD dia nih tipe yg suka kumpul asset, tp tak nak dibelanjakan. JD memang hanya dikumpuuul saja. Kalau nak beli pun, dia hitung2an sangat. Worth it tak atau bisa dpt free dari orang lain tak...

Kalau yg tipe sayang duit, dia LBH berhati2 dan cermat memang tiap mengeluarkan duit. Semua dipikirkan dulu. Tp kalau menurut dia barang tersebut layak dibeli walau mahal, pasti akan dibeli juga. Dia biasanya mementingkan kualitas drpd sekedar harga murah