As Salam
Jumaat (kelmarin) lepas hantar kids ke sekolah, Hata ajak breakfast dekat Nasi Lemak Saleha. Jam 7.05 pagi dah sampai sana. Hata order menu nasi lemak bungkus & aku berjalan ke kaunter letak kuih. Plan nak beli sepaket 2 untuk dibawa ke ofis sebagai bekalan.
Makan nasi lemak bungkus sorang satu je. Tak banyak dan tak sikit.Just nice.
Tekak rasa nak minum air sejuk. Jadi aku order kopi o ais.
Aku suka la kuih ni.💜
Lepas makan Hata hantar aku ke stesen LRT Sri Rampai. Balik kerja aku turun dekat stesen yang sama jugak sebab lepas tu kami kena pergi ke Nagoya dalam Aeon Big tu untuk mencari kain. Ada misi alteration yang perlu dilakukan. Selesai urusan di Nagoya kami ke AEON AU2 untuk dinner. Ammar nak makan nasi lemak dari grocery AEON tu.
Lepas makan kami pun balik la kome sebab esoknya (semalam) planning nak pegi Lalaport untuk cosplay event. Aku cosplay sebagai apa semalam? Nanti aku share sini ye kome. 😁. Dah 5 bulan tak cosplay ni kome. Nervous cheq 😆
Hari ni nak kena beli grocery & lauk sikit.
Korang kemana hari ni?




8 comments:
rasanya semlm adik i kata dia singgah mall mana ntah..ada lah cospplay2 ni..
Selamat berhujung minggu.
Pepagi dah cari air batu erk.
Kuih dangai rasanya tak pernah makan.
waahh kuih dangai kukus tu mmg sedap! mak ana pun suka! ehehe
Nasi lemak Saleha ni tak try lagi... Tapi famous kan
Hah? Uncle lalu nak bfast kat saleha pagi tadi... nampak ramai uncle terus ke mamak kat lotus sebelah tu. Lagi pun memang nak ke lotus...
wah boleh geng dak ava ni, peminat cosplay. nak tgk eh jadi sapa tu
Dah lama rasanya x makan Nasi Lemak Saleha..dulu masa naik bs..turun kat Pasar Seni...selalu ada kiosk jual kat LRT tu...skrg x tau ada lagi ke tak
Post a Comment