As Salam
Hari Sabtu pagi aku & Hata breakfast berdua dekat kedai area rumah. Kami pegi naik motor aje kome. Kedai ni tepi jalan je. Memula sampai staff semua busy. Dalam 5-10 minit jugak menunggu baru la ada staff datang untuk amik order. Ini adalah pertama kali kami ke kedai ni.
Lontong menu breakfast untuk aku...OK je..Boleh la dimakan.
Nasi lemak sambal paru untuk Hata.Paru dia OK.
Untuk kids kami tak bungkuskan apa-apa makanan sebab lepas ni nak keluar. Kami nak ke tapak cosplay event Kamen Rider yang aku cerita next week. Tapi kami datang saje. Tak cosplay pun. Hata said tak payah la cosplay sebab lepas tu dia nak ajak aku teman dia cari barang & cari makan. Plus nak bawak kids makan jugak. Jadi aku tak cosplay la hari Sabtu tu.
Kami ke sini support event kawan-kawan cosplay.
Melawat booth kawan cosplay dari Kota Bharu.
Waktu kami sampai ni dalam jam 11 pagi. Lepas sampai sini tengok kawasan kami bawa kids makan dekat The Chicken Rice Shop. Lepas tu jalan-jalan masuk dalam kedai nama Godzilla.
Dekat pintu masuk ada ni..
Dah nama pun official store. Makanya memang takde la harga barang yang mampu milik..Semua diluar kemampuan melainkan bagi peminat / collector. 😀
Nice.Tapi macam tak lalu nak beli 😆
Menarik jugak tapi kita takde display rack & takde pitih 😆
Detail betul mereka design kulit Godzilla ni.
Sejarah Godzilla.
Sape pernah tengok godzilla tahun 1954 ni? 😆
Ammar cakap Godzilla tahun 1989 ni cute. Aduhai anak.
Dalam jam 2 petang macam tu Hata cakap nak pegi tempat lain sebab event ni macam boring je sebab hanya fokus pada Kamen Rider & tapak event tak besar sangat. Sebelum keluar dari Lalaport ni kami gi solat dulu. Then ke MyTown Waktu keluar dari Lalaport, hujan lebat yang amat ye kome.
Sampai MyTown jalan-jalan cuci mata je. Lepas tu masuk Decathlon sekejab sebab Hata nak beli glove untuk golf. Lepas tu kids nak makan Ilao-Ilao. Belikan sorang satu & makan dekat tangga outdoor sambil tengok event mcDonald. Ada bukak banyak booth-booth makanan dekat atas.
Ade pertandingan mewarna & aktiviti buat burger jugak.
Masa kami sampai tu tengah penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna & bagi sijil untuk aktiviti buat burger.
Lepas makan & jalan ni kami pun balik rumah la berehat. Jalan-jalan kosong aje kali ni. Tapi tak kosong sangat la sebab Hata ada beli gloves & aku ade beli satu barang dekat Decathlon, aku ada beli sunscreen baru dari brand sunplay. Aku lupa nak snap gambar sunscreen tu.Nnt aku cerita ye.
Hari Ahad jam 8.30 pagi gerak ke pasar Chow Kit beli barang sebab MIL,BIL nak datang petang semalam. Masak apa? Nanti aku share ye.
Korang dah ada yang balik kampung ke?














0 comments:
Post a Comment