May 4, 2026

TAMAN TASIK PERDANA / TAMAN TASIK BOTANI

As Salam

Hari Sabtu hari tu, kami sekeluarga sepakat untuk bawak kids ke Taman Tasik Perdana / Taman Tasik Botani. Bawak bekal sandwich tuna, cekedis & air. Gerak dari rumah jam 7 pagi. Sampai sana jam 7.30 pagi sebab mencari parking. Last-last pergi dekat parking berbayar.
Masa sampai tengok ada beberapa booth jual makanan & minuman tengah set up untuk mulakan perniagaan. Ingatkan ada apa-apa event, rupanya memang mereka buka untuk jualan kepada pengunjung.
Jalan santai-santai je.
Jalan sampai dekat dataran ni. Lepas tu nampak sorang instructor ni tengah set up speaker & ajak semua pengunjung join her free stick senam aerobik. Aku cakap dengan Hata aku nak join & Hata bawak anak-anak berlari keliling tasik. Senam aerobik ni bermula jam 8 pagi sampai jam 8.45 pagi.
Aku tarik diri masa last song sebab dah tak larat. Tapi waktu ni dah jam 8.40 pagi.😁. Seronok jugak kome main stick ni. Tapi lepas tu badan rasa lenguh-lenguh jugak la.
Homemade sandwich tuna.
Lepas bersenam, kami ke satu tempat ni. Aduhai..Che mek la beriya sangat nak pegi. Ini nanti aku cerita dekat entry lain ye. Lepas selesai aktiviti yang che mek nak tu, kami pun gerak balik. Bekalan dah dimakan masa sebelum aku mula bersenam & habiskan masa dalam kereta.

Masa tengah berjalan OTW balik aku nampak bunga ni. Menarik.
Aku closed up sikit. Aku snap ikut dan aje ni.
Jalan depan sikit alik kanan nampak tangga macam trek ni. 
Terus mintak Hata snapkan.
Sekeping lagi...Ala-ala hiking gitu 😆
Che mek nak try beli air dekat booth yang ada...
Matcha strawberry RM13. Che mek cakap sedap cuma proses nak buat tu slow aje kome. Lebih dari 5 minit jugak menunggu. Sedangkan hanya ada 2 customer je waktu tu. Ammar order ais chocolate dari booth lain. Lambat jugak sebab assistant booth tu 2 kali buat silap sukatan air. Aduhai..Sabar aje la.
Alhamdulillah berpeluh jugak la selepas hampir 40 minit bersenam aerobik 😆

Masa balik singgah nasi lepas Saleha untuk breakfast & tapau jugak sebab che mek cakap dia masih kenyang minum air matcha tadi. Sampai rumah, mandi & berehat aje la. Untuk lunch kami makan apa yang ada je sebab masih kenyang makan nasi lemak saleha. Lepas maghrib aku & Hata keluar cari makanan. Tak larat nak masak. Jadi kami pergi kedai tomyam dekat Keramat. Hata order set singgang. Dapat pulak ikan rebus ni. Memang aku makan lauk Hata la. Daging paprik yang aku order, aku pandang gitu-gitu je😁
Dekat kedai nasi lemak saleha, aki amik lontong ni. Sedap kome. 
Sekejab je aku dapat habiskan.
Makan dengan kuah paprik memang ngam.
Paprik daging yang aku pandang sipi-sipi je.Tapi amik jugak la daging tu 😁
Telur dadar kongsi berdua.

Untuk kids kami bungkuskan nasi putih & sup daging. Lepas tu berehat aje la kita kome. Sini pun hujan lebat boleh tahan jugak. 

Hari Ahad buat apa kome?

8 comments:

Suria Amanda said...

Suami akak kerja Putrajaya, akak pun x sampai sini lagi...kena pi gak la nanti ni....Ahad akak kat rumah...mendobi

adnil linda said...

Bangun untuk masak je..lepas tu lena balik..sebab badan dedau dari malam tu..

uncle gedek said...

Bersenam pun pakai stick?

Uncle ada drum stick je.....

Roziah @ Cie said...

syok jugak buat aktiviti macam ni bila hujung minggu dengan anak2.

Puan Hazel said...

Lama tak pegi sini... Kalau riadah dekat taman² gini mmg ada group buat senamrobik atau taici kan...

Ahad sibuk, hantar anak² balik asrama :)

Suria Amanda said...

Rasa macam dah lama x bawak PZ makan kat luar la...dia suka makan kat kedai2 tomye ni

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Poundfit tuh dilihat mudah, tapi memang bagi yg blm biasa, bisa ngos-ngosan napas dibuat 🤣🤣. Kalau dah bisa ikut rentaknya, baru seru lah.. rasa happy sangat kalau bisa ikut sampai selesai 😄

Aiiih paprik... Rindu nak makan ini. Zaman kuliah dulu, sukaaa sangat beli nasi paprik di kantin campus 😄

Mama Zharfan said...

lawa la gmbr nieza posing2 kat tangga tu