May 16, 2026

YANG MANA SATU PERLU DIPERTAHANKAN?

As Salam

Masa MC hari tu kan aku tak dapat nak buat kerja banyak sangat. Jadi masa tengok tiktok, nampak la 1 gambar ni. Cerita tentang luahan hati si T20 bila dapat tahu apa yang mereka dapat dari gomen ditarik sedikit demi sedikit.

Macam-macam luahan yang aku baca. Ada golongan B40 yang kecam T20, ada jugak T20 yang marah dengan B40 seolah-olah B40 ni tak berusaha nak majukan diri selepas dapat banyakkkkk bantuan dari gomen.

Ada B40 marah T20 kata T20 berbelanja lebih sampai tak cukup sedangkan dah level T20. Ada T20 yang mempertahankan bahawa mereka korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk ke tahap keselesaan yang mereka dapat sekarang. B40 pulak ada yang asyik mengeluh itu dan ini walaupun dah dapat macam-macam bantuan dari gomen.

Aku baca je..Aku tak komen apa-apa pun. Sebab ini cerita antara B40 & T20. Aku ni level M40. Apa yang B40 dapat, M40 mampu tengok je...Apa yang T20 dapat, kalau M40 ni berusaha lebih kadang-kadang merasa la sikit feel tier 1 level T20 tu. Gitew...😆

Korang rasa macamana?

Bukan ke semua ni bergantung pada usaha kita sendiri untuk ubah kehidupan masing-masing? 

Hata sampai sekarang masih meneruskan kerja part time..
Aku pun kadang-kadang masih amik commission..

Itu yang kadang-kadang dapat la makan yang best-best sikit...
Dapat la beli apa-apa yang berharga sikit.
Dapat la pergi sana sini bila budget dah cukup.

Entah la..Orang kata kena bijak manage duit.
Tapi kalau semedang rasa tak cukup macamana pulak?

Jadi apa pendapat korang?
Korang rasa siapa yang perlu dipertahankan?

0 comments: