As Salam
Masa MC hari tu kan aku tak dapat nak buat kerja banyak sangat. Jadi masa tengok tiktok, nampak la 1 gambar ni. Cerita tentang luahan hati si T20 bila dapat tahu apa yang mereka dapat dari gomen ditarik sedikit demi sedikit.
Macam-macam luahan yang aku baca. Ada golongan B40 yang kecam T20, ada jugak T20 yang marah dengan B40 seolah-olah B40 ni tak berusaha nak majukan diri selepas dapat banyakkkkk bantuan dari gomen.
Ada B40 marah T20 kata T20 berbelanja lebih sampai tak cukup sedangkan dah level T20. Ada T20 yang mempertahankan bahawa mereka korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk ke tahap keselesaan yang mereka dapat sekarang. B40 pulak ada yang asyik mengeluh itu dan ini walaupun dah dapat macam-macam bantuan dari gomen.
Aku baca je..Aku tak komen apa-apa pun. Sebab ini cerita antara B40 & T20. Aku ni level M40. Apa yang B40 dapat, M40 mampu tengok je...Apa yang T20 dapat, kalau M40 ni berusaha lebih kadang-kadang merasa la sikit feel tier 1 level T20 tu. Gitew...😆
Korang rasa macamana?
Bukan ke semua ni bergantung pada usaha kita sendiri untuk ubah kehidupan masing-masing?
Hata sampai sekarang masih meneruskan kerja part time..
Aku pun kadang-kadang masih amik commission..
Itu yang kadang-kadang dapat la makan yang best-best sikit...
Dapat la beli apa-apa yang berharga sikit.
Dapat la pergi sana sini bila budget dah cukup.
Entah la..Orang kata kena bijak manage duit.
Tapi kalau semedang rasa tak cukup macamana pulak?
Jadi apa pendapat korang?
Korang rasa siapa yang perlu dipertahankan?

6 comments:
Yang sebenarnya paling penting adalah rasa bersyukur dan cukup. Bila tak bersyukur memang akan sentiasa nak complain macam2. Kalau tahu erti bersyukur, mesti rasa cukup tu mengiringi. Rezeki kan Allah dah tetapkan. Ada rezeki memang Allah beri dan ada rezeki datang daripada usaha kita. Lagipon bak kata ustaz Azhar Idrus, rezeki kita, kita tetap dapat makan nasi, ada ke kita makan screw? 🤣
Entahla tak berani nak komen kita tak berada di tempat mereka. Apa pun bersyukur la kita tak hidup dalam negara yang berperang.
manusia ni lumrahnya takkan berpuas hati dgn apa yg dimiliki, bkn semua tp ramaii gitu...kan kita dgr (tak sure hadith or not) yg mana manusia ni kalau diberi segunung emas, tetap tak cukup, nak 2 gunung emas pulakkk...begitulah kisahnya...
Oh di sana ada level2 tier yaaa. Saya pribadi, tak lah kaya sangat, tp Alhamdulillah income cukup utk kehidupan yg selesa , at least traveling msh bisa setahun 3x ðŸ¤. Tp itu Krn passion saya kan. Orang2 kalau dah bab passion, segala cara akan diusahakan.
Yg penting mau seberapapun income, ingat utk invest juga. Dan itu yg hrs diutamakan dulu. Baru sisa uang utk alokasi pada budget pengeluaran lain. Jangan dibalik. Krn biasanya kalau pengeluaran dulu, investasi akan lupa atau hanya sisa2 dari uang yg ada.
Ohya, itu dengan catatan, hutang tak ada yaa. Kalau hutang masih ada, ntah house loan, car loan, tetap hrs hutang dulu, baru investasi dan kemudian budget pengeluaran. Kalau ini bisa disiplin, income seperti apapun, pasti bisa cukup .
Kehidupan di KL memang mencabar. Setiap kaki melangkah setiap duit dibelanjakan. Terpulang pada kita bagaimana nak jaga kewangan agar tidak terbeban dengan hutang yang bukan-bukan. Kadang bila dah penat bekerja kita perlu reward diri sendiri tapi kadang bersedekah lah walaupun sedikit insya Allah Allah bagi rezeki lebih. Apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri.
Isu B40 vs T20 ni memang takkan pernah habis kalau masing-masing asyik memandang kelebihan orang lain. Betul kata Nieza, kalau semedang rasa tak cukup, memang letaklah dalam group mana pun tetap akan mengeluh. Pokok pangkalnya adalah pengurusan kewangan diri sendiri dan rasa bersyukur. Bila kita usaha lebih dan pandai manage, barulah rasa tenang sikit hidup di zaman sekarang ni
Post a Comment