Jun 7, 2026

ALAHAI SEDIHNYA...

As Salam

Semalam kami sekeluarga ke One Utama. Untuk apa? Nanti aku cerita. Sekarang nak cerita laju-laju tentang kesedihan aku yang TAK BOLEH MENDERMA DARAH. Dalam borang kena declare tentang apa-apa pembedahan yang kita pernah lalui sebelum tarikh menderma. Mula-mula aku ingatkan minor surgery yang aku buat pada bulan lepas tu tak beri apa-apa kesan pada sesi derma darah kali ni. 

Memang salah satu niat aku & Hata ke One utama adalah untuk menderma darah sebab dah lama kami tak derma darah. Jadi lepas selesai semua aktiviti baru la kami ke Pusat Derma Darah One Utama yang terletak dekat level bawah sekali. Lepas dah siap isi borang, aku pun masuk & beritahu pegawai perubatan tentang minor surgery yang aku pernah lakukan. Sekali pegawai tu cakap : 

AKU TAK BOLEH MENDERMA DARAH KALAU PERNAH LAKUKAN PEMBEDAHAN KECIL / BESAR DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM MENDERMA DARAH.

Maksudnya aku hanya dibenarkan untuk menderma darah pada 6 August 2026 nanti. Iaitu 3 bulan selepas tarikh pembedahan. Allahuakbar...Sedih betul rasanya sebab tak dapat menderma. Hampa ye kome. Last-last Hata sorang je yang menderma. Kami tunggu diluar bilik menderma.

30 minit lepas tu Hata pun keluar dengan bawak pulang barang-barang yang diberikan secara percuma oleh pihak KKM - Pusat Derma Darah & St.John yang add on maggi sebagai tambahan.
Hata dapat Maggi Cintan, air kotak susu coklat dari Dutch lady, biskut munchy's oar crunch & rotil butterscotch dari mighty white.

Lepas selesai Hata menderma, kami pun pergi solat & balik rumah sebab lepas tu nak kena singgah kedai gunting rambut dekat area Melawati Mall. Hata & Ammar nak kena potong rambut. memasing dah panjang. Aku & che mek ke Melawati Mall. Che mek nak tengok loose hoodie.

OTW balik kami singgah Baker's Cottage beli ayam & nasi untuk makan dinner. Selesai separuh cerita hari Sabtu. Nanti aku share separuh lagi ye. Alhamdulillah hari ni chef Hata turun dapur sebab aku nak download video ZUMBA.😆

0 comments: