Jun 7, 2026

ALAHAI SEDIHNYA...

As Salam

Semalam kami sekeluarga ke One Utama. Untuk apa? Nanti aku cerita. Sekarang nak cerita laju-laju tentang kesedihan aku yang TAK BOLEH MENDERMA DARAH. Dalam borang kena declare tentang apa-apa pembedahan yang kita pernah lalui sebelum tarikh menderma. Mula-mula aku ingatkan minor surgery yang aku buat pada bulan lepas tu tak beri apa-apa kesan pada sesi derma darah kali ni. 

Memang salah satu niat aku & Hata ke One utama adalah untuk menderma darah sebab dah lama kami tak derma darah. Jadi lepas selesai semua aktiviti baru la kami ke Pusat Derma Darah One Utama yang terletak dekat level bawah sekali. Lepas dah siap isi borang, aku pun masuk & beritahu pegawai perubatan tentang minor surgery yang aku pernah lakukan. Sekali pegawai tu cakap : 

AKU TAK BOLEH MENDERMA DARAH KALAU PERNAH LAKUKAN PEMBEDAHAN KECIL / BESAR DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM MENDERMA DARAH.

Maksudnya aku hanya dibenarkan untuk menderma darah pada 6 August 2026 nanti. Iaitu 3 bulan selepas tarikh pembedahan. Allahuakbar...Sedih betul rasanya sebab tak dapat menderma. Hampa ye kome. Last-last Hata sorang je yang menderma. Kami tunggu diluar bilik menderma.

30 minit lepas tu Hata pun keluar dengan bawak pulang barang-barang yang diberikan secara percuma oleh pihak KKM - Pusat Derma Darah & St.John yang add on maggi sebagai tambahan.
Hata dapat Maggi Cintan, air kotak susu coklat dari Dutch lady, biskut munchy's oar crunch & rotil butterscotch dari mighty white.

Lepas selesai Hata menderma, kami pun pergi solat & balik rumah sebab lepas tu nak kena singgah kedai gunting rambut dekat area Melawati Mall. Hata & Ammar nak kena potong rambut. memasing dah panjang. Aku & che mek ke Melawati Mall. Che mek nak tengok loose hoodie.

OTW balik kami singgah Baker's Cottage beli ayam & nasi untuk makan dinner. Selesai separuh cerita hari Sabtu. Nanti aku share separuh lagi ye. Alhamdulillah hari ni chef Hata turun dapur sebab aku nak download video ZUMBA.😆

9 comments:

Ujie Othman said...

Akak yang baca entri ni pulak, rasa segannya…belum pernah derma darah 😅
Baru tau selepas pembedahan dalam tempoh 3 bulan tak boleh derma darah.

Roziah @ Cie said...

Cie takut nak derma darah. Takut pengsan 😅

notie said...

Tak pe lain kali boleh lagi derma darah. Ada kawan akak bersemangat nak menderma darah masa ada kempen kat ibu pejabat. Sekali dah menderma selesai kantung darah dia staff Tabung Darah letak atas badan dia sebab tak ada tempat nak simpan. Entah macamana kawan akak terus pengsan nampak kantung darah panas atas badan dia. Terkejut kita orang dengar. Rupanya dia takut darah tapi hati teringin nak menderma.

Puan Hazel said...

Baru tahu juga. Apapun salute sbb rajin derma darah

Suria Amanda said...

Kak SA memang x leh derma darah...platelet darah problem kan...tapi faham macam mana rasa frust tu...aik dia bagi maggi cintan?

Ezna Khalili said...

Siapa yang berani derma la...akak penakut. Kih kih kih.

Mama Zharfan said...

bagusnya nieza dan hata komited menderma darah! kira amal jariah jugak ni!! MZ sama mcm ezna hehehhe

Sha Mohamed said...

Sha faham perasaan hampa tu.. Sebab pernah alami juga.. Huhuhu.. sedih kan..
Tak pe.. Nanti dah boleh menderma balik..

Tot said...

Takpe, sementara je tu, bila sudah tamat tempoh, bolehlah pergi derma dekat pusat darah negara, ye. Saya pun lama tak derma. Tak pasti kalau on medication tiroid boleh menderma atau tidak.