Jun 29, 2026

BORONG NIMS CRISPY CHOCO TUB

As Salam

Penangan baca entry sis MamaTisya tentang Nims Crispy Choco tub yang dibeli. Hari Jumaat balik kerja Hata terus ajak ke Rosyam Mart. Balik dari Rosyam Mart aku ajak Hata singgah AEON AU2 sekejab sebab nak beli Nims tu. Teringat ke Ammar & che mek yang layan jugak makanan ni. Dah lama tak beli jugak. Last beli entah bile. yang pasti aku pernah borong sampai 6 tub dekat kawan kolej yang jadi agent stokis product ni.

Memang betul apa yang sis MamaTisya bagitahu. Beli 1 tub RM15.90, beli 2 tub dapat harga RM19.50. Jadi aku borong 4 tub dengan 4 flavor yang berbeza. Mula-mula masuk AEON, aku tak ingat gambar yang sis MamaTisya share dalam entry dia booth tu dekat area mana. Aku & Hata mencari dalam grocery. Lepas tu gigih bukak balik entry sis MamaTisya & lahhhhhhh..Dekat centre tu rupanya. 😆
Dapat 2 keping sticker sebab promoter booth tu letak 2 tub dalam 1 plastic bag. Aku beli 4 tub, jadi dapat la 2 plastic bag. Setiap plastic bag dapat sekeping sticker ni. Comey jugak ni. Tapi nak tampal dimana?
Inilah yang aku borong. Semua aku dah rasa & semuanya pada aku rasanya sedap & tak berapa manis. Matcha coffee tu rasanya flavor baru. Aku dah rasa sesudu kecik tester. Sedap. Sebab tu aku pilih.

Puas hati dapat beli banyak dengan harga below RM10 / tub. Bukan selalu dapat grab harga promo macam ni. Ni pun mujur la sis MamaTisya cerita dalam blog & AEON tu pun tak jauh dari rumah. 😁

Korang yang suka makan ni, boleh la grab promo ni sekarang. Aku pun makan ni bukan habis sekali hadap. Mau 3-4 hari baru habis ni. Lepas tu tiap kali makan memang kena minum air masak yang banyakkkkk..😁

0 comments: