As Salam
Masa on the way balik dari Kuantan, Hata dah belikan makanan dinner untuk anak-anak. Masa kami ke Rosyam Mart, anak-anak tak follow. Kami pergi berdua je. Lepas beli Nims, kami ke khemah yang ada jualan sayuran dari pasar borong KL. Ade jual durian timbang, manggis sekilo RM6.00, 2 kilo RM10.00. Aku teringin nak makan buah rambutan yang dijual RM6.00 sekilo & RM10.00 untuk 2 kilo. Planning asal nak beli 2 kilo je, sekali masa timbang udah 2.7 kilo. Terus la aku tambah lagi genapkan 3 kilo. Sekali timbang 3.1 kilo. Brader jual tu cakap takpe. Saya sedekah. Mula-mula aku nak bayar RM16.00 sebab 3 kilo kan? Tapi brader tu cakap aku hanya perlu bayar RM15.00 je. Alhamdulillah. Rezeki.
Lepas tu Hata ajak aku makan cuma tak tahu nak makan apa. Aku ajak Hata makan dekat Boat Noodle. Kami order ini..
Lava egg padkrapaw.. Share berdua dengan Hata.
Hata order 2 bowl, aku order 5 bowl.
Aku lapar sebab lunch time makan oden je 5 pcs.
Alhamdulillah dapat jugak dating dengan selepas 5 hari Hata outstation. Banyak betul topik & cerita yang kami borakkan. Sebab aku banyakkkkkkkk cerita terkumpul nak share dengan Hata. Hata pun sama. Tambah-tambah Hata cerita big big bos tempat Hata outstation tu ajak Hata main golf bila Hata cerita dekat KL Hata baru nak berjinak-jinak dengan game ni. Tapi skill nan hado. Jadi big big bos sana ajak Hata turun padang & turunkan ilmu main golf jugak sebab dia dah ada pengalaman main golf more than 10 years..
Gitu la cerita dia.
Hari ni aku duk rumah je sebab kena migrain. Tak tertahan sakit kepalanya kome. Dah tengahari baru larat nak bangun ke klinik. Mujur this week Hata kena outstation ke Rawang je. Jadi boleh la ulang alik setiap hari.



0 comments:
Post a Comment