Hari Jumaat lepas kerja kami pilih untuk makan dekat kedai tomyam area Keramat je. Masa turun dari kereta aku jalan macam biasa. Tapi masa dah sampai dekat jalan tar, Hata tegur aku pijak rumput sampai melekat dekat kasut. Bila aku angkat kaki nahhhh...Aku terpijak najis. Tak sure najis kucing atau anjing. Bersihkan dekat rumput then teruskan berjalan ke kedai makan.
Lepas makan, aku gigih bersihkan lagi tapak kasut ni. Mula-mula gosok dekat rumput yang bersih sampai aku yakin. Lepas tu dekat celah-celah gerigi kasut tu ada lagi saki-baki. Aku cari ranting untuk buang semua yang ada dekat celah-celah tu. Lepas tu bukak bonet kereta, keluarkan wipes & bersihkan betul-betul sampai aku yakin untuk masuk dalam kereta yang mana aku letak wipes atas tapak kasut, then guna ranting bersih yang lain untuk cucuk dalam gerigi tapak kasut & keluarkan baki najis yang tertinggal. Dekat 6 helai wipes jugak yang aku gunakan waktu tu. Sebab aku nak bagi yakin yang najis tu dah 100% takde melekat dekat tapak kasut tu.
Lepas tu kami ke Lotus's Wangsa Walk. Hata masuk Lotus's, aku masuk toilet. Masih ada bau ye kome. Aku sangat tak selesa. Aku amik segumpal tisu, picit sabun basuh tangan, masuk toilet cangkung then sental tapak kasut dengan tisu yang bersabun tu. Lepas tu bilas. Aku ulang lagi 2 kali step tu. Bila dah yakin takde bau, baru aku keluar dari toilet & cari Hata serta anak-anak dalam Lotus's. Sampai rumah kids mula query...Confirm ke bau tadi bau najis kucing? ke najis anjing? Bila dengar je najis anjing, terus aku pandang Hata. Kalau tak yakin kena sertu la kasut ni.
Makanya laju-laju la Hata tolong aku google. Tengok video Ustaz Azhar Idrus Makanya kami pilih untuk sertu aje la kasut ni. Amik tanah dekat depan tempat parking kereta. Masukkan tanah tu dalam plastic & bawak naik rumah. Lepas tu terus la buat steps sertu macam yang dalam video UAI tu.
Steps sertu :
1. Buang najis yang melekat dekat tapak kasut.
(aku dah buat awal-awal tadi siap basuh dengan sabun.)
2. Larutkan tanah dengan air.
3. Siram air tanah keatas tapak kasut SATU KALI.
4. Bilas air tanah ditapak kasut dengan air biasa sebanyak 6 KALI.
Selesai.
Kasut selepas disertu.
Lepas tu aku jemur dekat balkoni.
Alhamdulillah selesai dah sertu kasut. Baru la aku yakin yang kasut ni dah betul-betul bersih dari segi Agama Islam. Baru la yakin nak pakai semula kasut ni untuk kemana-mana. 😁
Ini pengalaman pertama aku rasanya buat proses sertu ni. Dulu masa sekolah rendah pernah la tengok ustaz samak tangan one of my classmate sebab masa dia terjatuh, tapak tangan dia kena betul-betul dekat najis anjing dekat hujung padang sekolah.
Korang pernah buat proses sertu ni?


2 comments:
pernah buat dulu masa umur belas2, masuk kedai runcit cina lepas tu ada anjing besar..anjing tu selamba kencing dalam kedai pas tu terpercik kat kasut sekolah akak...balik tu abah ajar sertu...
Time sekolah mmg belajar bab kena samak ni tp tk pernah lg buat
Post a Comment