Jun 6, 2026

LUNCH AT TEA GARDEN SOGO

As Salam

Masa dekat Sogo hari tu, aku ajak Hata makan dekat food court level 7 tu. Aku order combo set chrispy popiah. Dapat 1 roll popiah & air Zeppy Apple dengan Aloe Vera. Sekali Hata ajak masuk kedai Tea Garden pulak. Aku follow aje la. Order 1 makanan & tak order air untuk aku sebab dah beli combo set dekat chrispy popiah tu.
Combo set yang aku dah beli.
Pau ni Hata yang order. Katanya mcm ade salted egg.
Aku tak makan pun sebab aku tunggu makanan aku jugak 😁
Roti butter & kaya..Hata punya order.
Hata order jugak kopi panas.
Spicy fried Carrot Cake.
Ini aku punya order. Memang sedap la cerita dia 😁

Lepas makan kami turun ke bawah. Hata singgah beberapa booth / station perfume. Udah teringin tapi tangguh sebab sayang duit pulak 😆. Aku beli sehelai jacket dari Ducati. Aku risau point dalam Sogo member card ni expired sebab dah lama jugak tak kesini. 

Point tu aku boleh redeem RM29.90. Jadi angkat jacket, pegi kaunter bayaran, redeem point convert to RM & bayar balance. Lepas bayar kami pun balik sebab lepas tu aku nak kena start menjahit.

Rindu betul dengan bau dari perfume Marc Jacobs - Daisy 💜

Kemana kome hari ni?
Hari ni aku & Hata masih belum ada planning nak keluar kemana-mana. Tapi pagi ni nak kena kemas rumah dan nak kemaskan costume.

5 comments:

Roziah @ Cie said...

Beristirehat kat rumah je tak sihat selsema.

Puan Hazel said...

Lama sungguh tak ke Sogo. Mesti Sogo pun dah tak ingat dekat PH hahaha 😂

Hari ni lepak di rumah je. Esok anak² nak balik asrama dah

I am LZ said...

Best makan di Tea Garden, banyak pilihan makanan.. Hari ini duduk di rumah sahaja, rehat sebab takde plan ke mana-mana..

Suria Amanda said...

Masa ni birthday akak..melepek siang ahri kat rumah...malam dinner sempena birthday en suami belanja...nanti akak up story

Mama Zharfan said...

spicy fried carrot cake tu nampak sedap sungguh! lama nya i tak gi sogo