As Salam
Hari Jumaat yang lepas Hata dapat WFA. Jadi dapat la Hata kemaskan sikit bilik menjahit & masak lauk untuk dinner. Jam 5.30 petang my kak Yang dah sampai rumah. Jam 6.00 petang Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Hata sempat masakkan tomyam ayam & ayam goreng. Aku tolong masak telur dadar, ikan masin ( request by abang ipar). Jam 8 malam 1 family anak sedara sampai. Jam 10 malam 1 lagi family anak sedara sampai. Yang last ni sampai sebab husband dia mengajar sekolah sesi petang. Jadi kena tunggu habis sesi sekolah petang la baru boleh gerak ke rumah aku.
Tomyam Ayam by Hata
Esok paginya jam 6 pagi aku bangun, tengok-tengok kak Yang dah siap masakkan sarapan pagi. Dia dah siap masak nasi lemak, rebus telur & pulut kuning. Rendang ayam, rendang kerang & sambal ikan bilis mereka masing-masing bawak dari kampung. jadi pagi tu hanya reheat je. Aku pulak add on telur mata kerbau 6 biji.
Jam 7.15 pagi aku mintak husband anak sedara yang ustaz tu untuk bacakan sikit doa selamat & tahlil. Lepas sarapan dalam jam 8.00 pagi semua pakat turun ke kolam. Aku tak mandi. Hanya family kak Yang je. Ammar & che mek pun tak join. Dalam jam 8.45 pagi aku tinggalkan mereka dekat swimming pool & aku naik nak bersiap. Nak cari baju, nak iron baju & nak kemas meja makan sikit.
Yusra yang murah dengan senyuman. Baru nak masuk 4 bulan.
Nenek la yang kena jaga sementara umi dia jaga 2 lagi abang dia mandi kolam.
Tapi takat jam 8.45 pagi aje la aku pegang. Lepas tu aku pass la dekat umi dia. 😆
Baby Yusra ni baik aje bila masih kenyang. Tapi nak orang bawak dia berjalan je. Merengek sikit bila lama duk dia. Kitonyo nok duduk. Dio nak jale pulok 😆. Senang betul tersenyum. Kita sengih, dia pun renyeh jugak. Ini yang buat nenek geram aje tengok awak tau. 😆
Jam 11.30 pagi kami pun gerak ke event hall dekat One Shamelin. Dalam Jalan jalan Japan tu je. Senang sangat nak cari. Confirm tak sesat. 😁. Waktu ni kak cik aku dah sampai dekat sana. Jadi kami berjumpa dekat sana aje la.







0 comments:
Post a Comment