As Salam
Hari tu masa masuk bilik bos atas urusan kerja, bos aku bagi ini untuk Ammar. Bos aku sekarang tengah galak shopping dekat pinduoduo. Aku rasa dia beli barang ni dari sana. Dia cakap dia ade beli banyak jugak barang ni. Tapi tetibe anak dia yang sebaya dengan umur Ammar cakap dia tak berapa suka dengan barang ni. barangnya adalah ubat gigi Darlie kanak-kanak jenis pump.
Darlie Toothpaste.
Aku bawak balik & bagi Ammar. Esok pagi Ammar dah rasmikan ubat gigi ni & Ammar suka. Dia cakap rasanya sedap. Ok.Sila habiskan ye Ammar. Sebab benda ni free & harga sebenar pun bukan murah sangat. 😆
Sebelum balik, bos aku hulur ini pulak. Dia cakap dia beli masa pegi holiday ke Bangkok. Aku rasa aku dengan bos ni ada persamaan sikit. Takboleh tengok benda cute & makanan pelik yang HALAL. Mesti rasa nak try beli. Ni bos aku beli makanan pelik-pelik untuk bagi aku rasa. 😆.
Waktu bos bagi makanan ni, aku & bos la borak tentang shopping dekat Bangkok. Rancak jugak la. Salah satunya adalah bila aku cerita tentang merchandise dari Bangkok yang memang rare. Sekali big bos aku lalu & cakap. You 2 cannot be together. 😆. Macam tau-tau je kalau kami shopping sekali memang tak cukup tangan pegang plastic bag. Sama macam masa pegi HCMC dulu. Both of us memang macam kena sampuk memilih barang. 😆
Bos aku bagi pretz ni...Dah makan yang green curry.
Not bad. Kids cakap macam tabur serbuk kari. 😆
Alhamdulillah product yang bos bagi aku ni ada logo Halal.
Jadi boleh la makan tanpa was-was.
Terima kasih bos bagi macam-macam. Lepas tu bos aku cakap dia dah sediakan hadiah untuk chrismas nanti.. Pantas betul ni. Aku rasa dia mesti jumpa something yang interesting pada dia & dia beli terus sebab risau dia terlupa. Bos aku ni memang kadang-kadang pelupa jugak. 😁
Cepat je rasa masa berlalu..Hari ni dah hari Ahad. Esok dah koje kome.



0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.